UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GE Environmental Sciences
Main Author :Noor Diyana Abdul Rahim
Title :Kesedaran alam sekitar dengan amalan hijau dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sekolah terpilih daerah Kota Setar
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kesedaran mengenai alam sekitar dan am alan hijau dalam kalangan para pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar. Kajian tinjauan ini menggunakan instrumen soal selidik untuk mengukur tahap kesedaran dan amalan hijau yang diamalkan. Kajian ini hanya difokuskan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada 280 orang. Data daripada soal selidik dianalisis menggunakan analisis berstatistik deskriptif dan inferensi. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan kesedaran terhadap alam sekitar di antara jantina. Pelajar perempuan mempunyai tahap kesedaran yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki. Begitu juga amalan hijau, pelajar perempuan mempunyai sikap yang lebih mesra alam berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan kekuatan korelasi tahap sederhana (r = 0.534, p < 0.05) antara kesedaran dan amalan hijau, Kesimpulannya, terdapat perhubungan antara tahap kesedaran dengan amalan hijau dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, perhubungan yang terhasil adalah sederhana. Berdasarkan pada keputusan analisis ini, keputusan menunjukkan bahawa tahap kesedaran yang tinggi dalam diri pelajar Tingkatan 4 di daerah Kota Setar tidak memberi impak yang kuat terhadap amalan hijau yang diamalkan. Hasil kajian ini dapat membantu penggubal dasar di Malaysia untuk membuat keputusan yang berkaitan dengan pendidikan dan perlindungan alam sekitar.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.