UPSI Digital Repository (UDRep)

Mitos tentang kanak-kanak dan ibu bapa dalam iklan produk susu formula di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1278 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Mitos tentang kanak-kanak dan ibu bapa dalam iklan produk susu formula di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Mohd Ridhuan Ismail
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2013
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada aspek kewujudan pelbagai tanda yang membawa makna menjurus kepada mitos tentang kanak-kanak dan ibubapa dalam iklan produk susu formula di Malaysia. Antara bentuk tanda yang diperolehi menerusi analisis ini adalah seperti imej, audio, animasi, serta frasa. Analisis yang dijalankan menggunakan kaedah analisis kandungan berdasarkan model teori semiotik yang diperkenalkan oleh ahli semiotik tersohor iaitu Roland Barthes. Model teori ini berperanan dalam mengenalpasti kewujudan tanda yang menjurus kepada dua bentuk makna iaitu konotasi dan denotasi yang terdapat di dalam tujuh iklan produk susu formula. Tujuh iklan dipilih secara kaedah yang hampir kepada teknik 'snowball' dan kesemua iklan tersebut diperolehi menerusi arkib video Youtube. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan terdapat lima mitos yang wujud menerusi pemaparan tanda dan makna di dalam iklan tersebut. Antara contoh mitos tersebut ialah pengambilan susu formula merupakan suatu kemestian bagi menjamin pembentukan kanak-kanak yang berkepintaran tinggi, pengambilan susu ibu sahaja tidak mencukupi untuk seorang kanak-kanak medapatkan khasiat pemakanan untuk tujuan proses tumbesaran yang sempurna, pemberian susu formula digambarkan sebagai suatu bentuk kasih sayang bagi ibu yang moden, kanak-kanak-kanak yang diberikan susu formula digambarkan mempunyai daya ketahanan serta keyakinan diri yang tinggi dalam berhadapan dengan persekitaran luar dan peranan bapa adalah kurang menyerlah dalam konteks proses perkembangan kanak-kanak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.