UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Azliza Ahmad
Title :Penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi dalam subjek Biologi (IR)
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengkaji kesan penerapan pembelajaran aktif dalam meningkatkan pencapaian dan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar matrikulasi. Selain itu juga, kajian ini turut mengkaji hubungan antara kemahiran insaniah komunikasi pelajar menggunakan tiga kaedah dalam pendekatan pembelajaran aktif iaitu kaedah perbincangan dalam kumpulan, kaedah perbentangan dan kaedah koperatif jigsaw dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif turut dikaji. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan rekabentuk kuasi eksperimen. Pemilihan responden kajian adalah secara persampelan rawak bertujuan melibatkan 67 orang pelajar dari Kolej Matrikulasi Perak, Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), Modul III yang mengambil subjek Biologi sebagai mata pelajaran teras. Responden kajian dibahagikan kepada dua kumpulan; 32 orang pelajar dalam kumpulan kawalan dan 35 orang pelajar dalam kumpulan rawatan. Tiga instrumen kajian telah digunakan iaitu ujian pencapaian bagi topik Respirasi Sel, rubrik penilaian pembentangan lisan dan borang soal selidik persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif. Data dianalisa menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif bagi menerangkan tahap kemahiran insaniah komunikasi pelajar dan persepsi pelajar terhadap pembelajaran aktif, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t dan model regrasi pelbagai bagi menerangkan perbezaan serta hubungan antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat peningkatan pencapaian pada keduadua kumpulan dimana kumpulan rawatan memperoleh peningkatan pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga mendapati terdapat peningkatan pada tahap kemahiran komunikasi insaniah pelajar setelah mengikuti ketiga-tiga kaedah dalam pembelajaran aktif. Analisis model regrasi pelbagai menunjukkan bahawa kaedah koperatif jigsaw mempunyai hubungan yang signifikan terhadap peningkatan prestasi pelajar berbanding dua kaedah lagi. Analisis kajian juga mendapati pelajar mempunyai persepsi yang tinggi terhadap pembelajaran aktif. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran aktif dapat meningkatkan pencapaian dan kemahiran insaniah komunikasi pelajar. Implikasi kajian menunjukkan pendekatan pembelajaran aktif sesuai digunakan dalam subjek biologi bagi melahirkan pelajar yang berprestasi tinggi dan mempunyai tahap kemahiran insaniah komunikasi yang cemerlang
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)