UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :N Visual arts (General) For photography, see TR
Main Author :Rashihah Muhammad
Title :Tingkah laku pelajar dalam proses penyediaan tugasan kajian rekaan seni visual (KRSV)
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2005
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah bidang ilmu yang dapat membantu pembangunan sahsiah individu secara menyeluruh dan berupaya meningkatkan kualiti kehidupan mereka secara umumnya. Begitu juga dengan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) yang dibina mencakupi aspek–aspek yang memenuhi keperluan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor individu itu. Kesepaduan ini dilihat berupaya membimbing pelajar dalam melaksanakan kajian, penelitian, pemerhatian, pengamatan, perbandingan, penilaian dan sekaligus membuat pertimbangan yang betul tentang sesuatu perkara khususnya dalam penghasilan kerja seni iaitu Kajian Rekaan Seni Visual (SPM-2611/3) yang wajib dilaksanakan oleh pelajar tingkatan lima. Kajian ini mengetengahkan permasalahan yang dihadapi oleh guru–guru Pendidikan Seni Visual yang ditugaskan sebagai guru pembimbing terhadap masalah tingkah laku pelajarnya yang sering berlaku ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini juga menyebabkan pelajar tidak berupaya menyiapkan tugasan mereka dengan sempurna. Kajian ini dibuat untuk mengetahui permasalahan sebenar faktor–faktor yang menyebabkan pelajar bertingkah laku demikian dan tidak bertanggungjawab terhadap KRSV. Hal ini kerana mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sangat memberi manfaat kepada pelajar malah lebih bermakna daripada itu adalah masa depan yang terjamin. Kajian ini cuba melihat adakah tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan faktor pelajar dan faktor guru yang menyebabkan keadaan semakin meruncing apabila tiba masa untuk proses semakan dan penilaian. Kaedah penyelidikan dalam kajian ini adalah kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik bagi mengkaji dan mengetahui dengan lebih jelas permasalahan sebenar, tambahan pula tajuk ini belum pernah dikaji oleh para penyelidik. Maklum balas kajian ini memberi sumbangan ke arah meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan memartabatkan serta memperkasakan kepentingan mata pelajaran tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.