UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Teori Sosiobudaya yang diketengahkan oleh Vygotsky (1978) menyatakan, fungsi mental manusia boleh dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi melalui proses pengantara (mediation) iaitu sama ada bahasa atau artifak buclaya (Lantolf & Thorne, 2006). Kebanyakan bidang pengkajian yang berlandaskan teori ini (antaranya SLA) memberi tumpuan pada konsep 'interaksi' yang dapat meningkatkan keupayaan pelajar melalui Zon Perkembangan Proksimal, Menurut Vygotsky (1978; c1ipetik oleh Lantof & Thorne, 2006), Zon Perkembangan Proksimal ialah jarak di antara tahap perkembangan semasa (Actual Development Level) yang ditunjukkan tanpa bantuan, dan tahap potensi perkembangan (Level of Potential Development) setelah mendapat bantuan c1aripada orang dewasa atau mereka yang lebih berpengetahuan. Kebanyakan kajian yang melibatkan konsep Zon Perkembangan Proksimal (antaranya, Lantolf & Thorne, 2006: Ohta & Foster, 2005; Swain & Lapkin, 2011) lebih menjurus kepada keberkesanan proses pengantaraan melalui bantuan pakar untuk meningkatkan keupayaan atau fungsi mental. Keberkesanan proses bantuan pakar ini sering diukur dengan reb bentuk penyelidikan ujian pra-pos. Namun demikian, aktiviti mental dalam Zon Perkembangan Proksimal itu sendiri (penggunaan artifak dan aktiviti peraturan) yang membawa kepada penghasilan teks akhir hasil daripada bantu an pakar ini jarang ditunjukkan. Kajian ini memberi turnpuan kepada penggllnaan artifak dan aktiviti peraturan yang berlaku dalam Zon Perkembangan Proksimal semasa proses penulisan bahasa Sepanyol. Menggunakan kaedah TAP (Think Aloud Protocol), kajian ini menemukan beberapa bentuk penggunaan artifak bahasa dan sosial untuk menyelesaikan masalah leksikal dan sintaksis, di samping bentuk aktiviti peraturan Self-regulation daripada pengantaraan artifak yang digunakan semasa menstruktur ayat bahasa Sepanyol. Tanpa kehadiran pakar, penggunaan artifak (bahasa dan sosial) dan aktiviti peraturan semasa menstruktur ayat mempengaruhi teks akhir dalam penulisan bahasa Sepanyol. Selain itu. dalam ketiadaan pakar, artifak sosial terutamanya terjemahan Google telah mengambil alih peranan 'pakar'. Penemuan ini memberikan implikasi pedagogi yang penting dalam pengajaran bahasa asing seperti bahasa Sepanyol. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |