UPSI Digital Repository (UDRep)

Keberkesanan kerja amali dalam kursus agroteknologi di sekolah menengah teknik Malaysia

AVAILABLE Thesis 1861 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Keberkesanan kerja amali dalam kursus agroteknologi di sekolah menengah teknik Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Cut Vera Shilvia
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2014
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan kerja makrnal kursus Agroteknologi di tiga buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah persampelan rawak berlapis digunakan untuk pemilihan sampel. Kerangka konsep kajian ini menggunakan model CIPP. Daripada 123 orang pelajar tingkatan lima yang mengikuti kursus ini, seramai 96 pelajar (78.8%) memberi respons. Hasil kajian mendapati persepsi guru terhadap keupayaan, kepuasan dan kemahiran saintifik pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi manakala tahap nilai murni mereka pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam keberkesanan amali mengikut jantina. Didapati juga tiada perbezaan yang signifikan dalam empat dimensi keberkesanan kerja amali dalam kalangan pelajar berlainan tempat tinggal. Walau bagaimanapun pelajar lebih berpuas hati jika bilangan murid dalam kelas amali kecil. Dilaporkan juga kepuasan hati pelajar menyumbang 14% daripada varian kerja makrnal. Guru juga melaporkan pelajar berkeupayaan terhadap kerja makmal tetapi mereka tidak dibekalkan dengan alat dan bahan yang mencukupi. Pelajar juga tidak jelas tentang objektif sebenar kerja amali. Kajian ini mengesyorkan agar kerja makrnal kursus Agroteknologi ditambahbaik pada masa hadapan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.