UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan kerja makrnal kursus Agroteknologi di tiga buah sekolah menengah teknik di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah persampelan rawak berlapis digunakan untuk pemilihan sampel. Kerangka konsep kajian ini menggunakan model CIPP. Daripada 123 orang pelajar tingkatan lima yang mengikuti kursus ini, seramai 96 pelajar (78.8%) memberi respons. Hasil kajian mendapati persepsi guru terhadap keupayaan, kepuasan dan kemahiran saintifik pelajar adalah pada tahap sederhana tinggi manakala tahap nilai murni mereka pada tahap tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam keberkesanan amali mengikut jantina. Didapati juga tiada perbezaan yang signifikan dalam empat dimensi keberkesanan kerja amali dalam kalangan pelajar berlainan tempat tinggal. Walau bagaimanapun pelajar lebih berpuas hati jika bilangan murid dalam kelas amali kecil. Dilaporkan juga kepuasan hati pelajar menyumbang 14% daripada varian kerja makrnal. Guru juga melaporkan pelajar berkeupayaan terhadap kerja makmal tetapi mereka tidak dibekalkan dengan alat dan bahan yang mencukupi. Pelajar juga tidak jelas tentang objektif sebenar kerja amali. Kajian ini mengesyorkan agar kerja makrnal kursus Agroteknologi ditambahbaik pada masa hadapan. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |