UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh penggunaan media persembahan dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara

AVAILABLE Thesis 1209 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh penggunaan media persembahan dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara
Type
Thesis
Main Author
Taufik Hidayah
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

PowerPoint adalah salah satu alat bantuan mengajar yang penting untuk meningkatkan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran vokasional pada masa kini. Namun demikian, penggunaan teknologi PowerPoint masih kurang meluas di Aceh Utara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengaruh penggunaan media persembahan dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara, Aceh, Indonesia. Kaedah kuantitatif berbentuk tinjauan dan dokumen gred pelajar digunakan dalam mengumpul data kajian. Seramai 124 guru dan 321 pelajar daripada empat buah sekolah menengah kejuruan telah dipilih sebagai sampel. Pemilihan sampel dalam kajian ini menggunakan persampelan rawak kelompok. Hasil kajian mendapati bahawa secara keseluruhan penggunaan media PowerPoint daripada aspek kemudahan dan kegunaan mendapati berada pada tahap tinggi dan untuk pelajar juga mendapati berada pada tahap tinggi. Ujian motivasi belajar dalam kalangan pelajar juga mendapati pada tahap tinggi kecuali pada aspek afektif mendapati tahap sederhana. Terdapat hubungan yang signifikan antara media PowerPoint terhadap prestasi pelajar. Manakala motivasi belajar dengan prestasi pelajar mendapati terdapat hubungan yang signifikan. Pengaruh penggunaan media PowerPoint dan motivasi belajar terhadap prestasi pelajar pula, mendapati hanya pemboleh ubah Penggunaan media PowerPoint sahaja yang menjadi faktor peramal kepada prestasi pelajar. Penggunaan media PowerPoint mendapati terdapat hubungan dan boleh mempengaruhi kepada prestasi pelajar. Implikasi untuk guru, sekolah, kerajaan dan penyelidikan masa depan dibincangkan. Sekolah, guru, dan kerajaan perlu menyedari tentang hubungan antara beberapa pembolehubah yang dikaji dalam kajian ini. Oleh itu, penggunaan media PowerPoint di sekolah menengah kejuruan di Aceh Utara harus digalakkan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.