UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Aiza Hazrilsuhada Aizinin
Title :Pembinaan dan kesan pelaksanaan modul In-Vee terhadap pencapaian, Kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan membina Modul In-Vee berasaskan model Sidek dan Jamaludin. Kajian juga bertujuan menilai kesan pelaksanaan Modul In- Vee terhadap pencapaian, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran proses Sains (KPS) pelajar dalam subjek Biologi. Hubungan antara KBAT dan KPS pelajar juga akan ditentukan. Modul ini didasari teori Konstrutivisme dan mengaplikasikan Diagram Vee ke atas aktiviti penyiasatan di makmal. Reka bentuk kuasi eksperimen telah digunakan dengan melibatkan ujian Pra dan Pasca. Seramai 60 orang pelajar tingkatan empat aliran Sains telah dipilih secara persampelan bertujuan dan dibahagikan kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara sama rata. Instrumen kajian yang digunakan adalah Modul In-Vee, dua set ujian pra dan pasca bagi mengukur pencapaian KBAT dan KPS. Data dianalisis menggunakan Ujian Ancova dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapian, KBAT dan KPS yang signifikan antara pelajar kumpulan rawatan dan kawalan. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang lemah secara signifikan antara KBAT dengan KPS. Kesimpulannya Modul In-Vee berasaskan pendekatan Diagram Vee telah berjaya meningkatkan prestasi pelajar dalam pencapaian kognitif, kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains. Walau bagaimanapun hubungan antara kedua-dua kemahiran ini adalah lemah. Kajian ini menunjukkan implikasi dimana modul In-Vee yang dibina boleh diaplikasikan oleh guru dalam membantu meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran proses sains seterusnya perbaiki pencapaian pelajar terutamanya dalam aktiviti amali makmal di sekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.