UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh dua pembolehubah iaitu kursus Bimbingan Kaunseling (BK) dan Pendidikan Karakter (Kar) terhadap Kompetensi Peribadi Sosial (KPS) dalam kalangan 1236 pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta. Dua faktor yang telah dikenalpasti menjadi pengantara (mediator) dalam hubungan tersebut adalah Faktor Dalaman (Int) dan Faktor Luaran (Ext). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal-selidik laporan kendiri. Prosedur Structural Equation Modeling (SEM) telah digunakan untuk menguji lima hipotesis kajian dan analisis jalur (Path Analysis) telah diaplikasikan untuk menilai model parameter. Dapatan kajian menunjukkan faktor dalaman dan faktor luaran merupakan pengantara hubungan di antara BK dan KPS. Selain itu, faktor dalaman dan faktor luaran juga pengantara hubungan di antara Kar dan KPS. Hipotesis terakhir mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Dapatan juga mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Kajian empirikal ini merupakan kajian yang pertama membangunkan model kompetensi peribadi sosial di Indonesia, kajian ini memberikan implikasi kepada penyelidik, unit bimbingan dan kaunseling, pendidik kaunselor, kaunselor, dan pembuat polisi. Kajian ini menyarankan agar Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi tumpuan terhadap faktor dalaman dan faktor luaran peribadi pelajar dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |