UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembinaan model kompetensi peribadi sosial berdasarkan bimbingan kaunseling peribadi sosial dan pendidikan karakter di sekolah menengah Yogyakarta

AVAILABLE Thesis 1425 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembinaan model kompetensi peribadi sosial berdasarkan bimbingan kaunseling peribadi sosial dan pendidikan karakter di sekolah menengah Yogyakarta
Type
Thesis
Main Author
Diana Septi Purnama
Subject
BF Psychology
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengaruh dua pembolehubah iaitu kursus Bimbingan Kaunseling (BK) dan Pendidikan Karakter (Kar) terhadap Kompetensi Peribadi Sosial (KPS) dalam kalangan 1236 pelajar Sekolah Menengah Atas (SMA) di Yogyakarta. Dua faktor yang telah dikenalpasti menjadi pengantara (mediator) dalam hubungan tersebut adalah Faktor Dalaman (Int) dan Faktor Luaran (Ext). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal-selidik laporan kendiri. Prosedur Structural Equation Modeling (SEM) telah digunakan untuk menguji lima hipotesis kajian dan analisis jalur (Path Analysis) telah diaplikasikan untuk menilai model parameter. Dapatan kajian menunjukkan faktor dalaman dan faktor luaran merupakan pengantara hubungan di antara BK dan KPS. Selain itu, faktor dalaman dan faktor luaran juga pengantara hubungan di antara Kar dan KPS. Hipotesis terakhir mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Dapatan juga mendapati BK dan Kar mempengaruhi KPS. Kajian empirikal ini merupakan kajian yang pertama membangunkan model kompetensi peribadi sosial di Indonesia, kajian ini memberikan implikasi kepada penyelidik, unit bimbingan dan kaunseling, pendidik kaunselor, kaunselor, dan pembuat polisi. Kajian ini menyarankan agar Unit Bimbingan dan Kaunseling memberi tumpuan terhadap faktor dalaman dan faktor luaran peribadi pelajar dalam memberikan perkhidmatan kaunseling.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.