UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Nur Liyana Mohd Ibrahim
Title :Kesan bimbingan kelompok modul penyesuaian pemikiran kerjaya terhadap ketidakfungsian pemikiran kerjaya dalam kalangan pelajar sekolah menengah
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian kuasi eksperimen ini bertujuan mengkaji kesan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar Modul Penyesuaian Pemikiran Kerjaya (PPK) yang berorientasikan teori Kognitif Pemprosesan Maklumat dalam kalangan pelajar tingkatan empat yang memperoleh skor tinggi dan sederhana dalam ketidakfungsian pemikiran kerjaya. Keberkesanan kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar diukur daripada segi pengurangan kekeliruan membuat keputusan, kebimbangan komitmen, konflik luaran dan peningkatan situasi vokasional kumpulan rawatan. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar tingkatan empat di dua buah sekolah menengah di daerah Hulu Selangor, Selangor. Soal selidik yang digunakan mengandungi maklumat peribadi dan dua soal selidik kajian iaitu Soal Selidik Pemikiran Kerjaya dan Soal Selidik Situasi Vokasional. Seramai 108 subjek dipilih memasuki dua jenis kelompok rawatan dan satu kelompok kawalan. Subjek rawatan KBK ialah 36 orang pelajar yang dibahagikan kepada tiga kelompok kecil (R1a=12, R1b=12 dan R1c=12), KBB seramai 36 orang pelajar dalam satu kelompok besar (R2=36) dan satu kelompok kawalan (K1=36). Subjek kelompok rawatan diberi lapan sesi kelompok mingguan, dalam masa lapan minggu. Data kajian dianalisis menggunakan analisis deskriptif, ANOVA, MANCOVA dan Post Hoc jenis Tukey pada aras signifikan 0.01 dan 0.05. Dapatan kajian mendapati rawatan KBK dan KBB berkesan dalam mengurangkan pemboleh ubah bersandar ketidakfungsian pemikiran kerjaya dan meningkatkan situasi vokasional kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Kelompok rawatan KBK didapati lebih berkesan berbanding rawatan KBB. Kajian ini juga mendapati faktor jantina tidak mempengaruhi kesan rawatan. Implikasi kajian ini memberi sumbangan kepada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling apabila berjaya membina modul kelompok bimbingan kecil dan kelompok bimbingan besar yang berorientasikan pendekatan Kognitif Pemprosesan Maklumat (KPM) dalam mengurangkan ketidakfungsian pemikiran kerjaya serta meningkatkan situasi vokasional pelajar secara berkesan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.