UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh faktor kepuasan kerja terhadap komitmen jururawat hospital kerajaan dan swasta Kabupaten Malang Jawa Timur

AVAILABLE Thesis 886 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh faktor kepuasan kerja terhadap komitmen jururawat hospital kerajaan dan swasta Kabupaten Malang Jawa Timur
Type
Thesis
Main Author
Syamsul Bachri
Subject
HF Commerce
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meneliti faktor kepuasan kerja yang mempengaruhi komitmen jururawat di hospital kerajaan dan swasta Kabupaten Malang, Jawa Timur. Objektif kajian ini untuk menentukan pemboleh ubah yang mempengaruhi kepuasan kerja jururawat yang memberi impak terhadap penampilan layanan di hospital. Reka bentuk kajian ialah kajian kuantitatif. Data keratan rentas dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik yang telah diedarkan kepada jururawat hospital kerajaan dan hospital swasta di daerah kajian. Analisis data menggunakan statistik deskriptif, ujian t bebas dan Analisis Laluan (Path Analysis). Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang positif antara tingkat kepuasan kerja dengan komitmen jururawat. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi pemboleh ubah komitmen antara jururawat yang bertugas di hospital kerajaan dan swasta. Analisis laluan menunjukkan bahawa faktor pengembangan diri adalah faktor kepuasan kerja yang utama menyumbang kepada komitmen kerja jururawat dengan nilai koefisien 0.57 atau 50.92% di hospital kerajaan dan 0.53 atau 47.41% di hospital swasta. Bagi memastikan bahawa tahap komitmen yang tinggi dalam kalangan jururawat, pihak kerajaan dan hospital harus memperkukuhkan elemen pengembangan diri dalam latihan dan pembangunan staf.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.