UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :RA Public aspects of medicine
Main Author :Azziadatur Rasyeeda Azman
Title :Hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara corak pengambilan makanan dan pengambilan kalori terhadap komposisi tubuh badan kanak-kanak tahap dua sekolah rendah yang berumur 10-12 tahun. Rekabentuk kaj ian adalah berbentuk tinjauan. Responden terdiri daripada 445 orang murid (lelaki, n= 230; perempuan, n= 215). Borang soal selidik 24-hour dietary recall (Ministry of Health, 2014) digunakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan corak pengambilan makanan dan jumlah pengambilan kalori. Analisis deskriptif digunakan bagi melapor skor min dan sisihan piawai manakala ujian korelasi digunakan untuk melihat hubungan corak pengambilan makanan terhadap komposisi badan. Keputusan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan pengambilan hidangan utama, dan snek dan pengambilan kalori antara responden lelaki dan perempuan bagi setiap peringkat umur. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara corak pengambilan makanan terhadap indeks jisim tubuh badan dan peratus lemak badan bagi responden lelaki berumur 11 tahun. Walau bagaimanapun dapatan kajian tidak menunjukan hubungan yang signifikan bagi responden lelaki berumur 10 dan 12 tahun. Bagi responden perempuan pula, tidak terdapat hubungan antara corak pengambilan makanan dengan kedua-dua pembolehubah. Kesimpulannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan pengambilan hidangan utama dan snek antara jantina bagi kanak-kanak sekolah rendah tahap dua. Corak pengambilan makanan juga tidak menunjukkan hubungan yang signifikan terhadap komposisi tubuh badan sarna ada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Maka dicadangkan satu kajian yang lebih sistematik dengan mengambil kira jumlah nutrien yang diambil mengikut kategori bagi menentukan hubungannya terhadap komposisi badan dan dijalankan ke atas pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Selain itu, kajian longitudinal perlu dijalankan bagi mendapatkan data secara purata dalam satu tempoh masa yang ditetapkan untuk memberi gambaran sebenar mengenai corak pengambilan makanan dan isu obesiti di negara ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)