Minat pelajar tingkatan 4 terhadap muzik tradisional Gamelan di salah sebuah sekolah projek
Type
Thesis
Main Author
Noor Izah Ahmad Din
Subject
ML Literature of music
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2005
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau minat pelajar Tingkatan 4 terhadap muzik tradisional gamelan Terengganu di salah sebuah sekolah projek di Shah Alam, Selangor. Instrumen kajian yang telah digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah soal selidik data yang telah diproses menggunakan program 'Statistical Packages For The Social Science' ( SPSS) bagi mendapatkan frekuensi, min, piawai dan peratusan. Hasil kajian mendapati pelajar-pelajar Tingkatan 4 pendidikan muzik ini menunjukkan minat terhadap muzik tradisional gamelan dan bercita-cita menjadi pelapis kepada pemuzik gamelan untuk masa hadapan. Disamping itujuga didapati faktor-faktor yang dikemukakan seperti guru, keluarga, persekitaran dan rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi minat pelajar terhadap muzik tradisional gamelan. Hasil kajian ini diharapkan akan menjadi panduan kepada pihak-pihak tertentu dalam membantu meningkatkan mutu pengajaran dan minat pelajar seterusnya pencapaian generasi muda dalam memperkembangkan muzik tradisional gamelan
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.