UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :MT Musical instruction and study
Main Author :Zaharah Abd Manap
Title :Perisian multimedia interaktif kompang sebagai media dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2005
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan menmjau persepsi guru-guru muzik terhadap kemampuan penggunaan Perisian Multimedia Interakif Kompang dalam membantu pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik. Kumpulan sasaran yang menggunakan perisian ini terdiri dari guru-guru yang mengajar muzik, tetapi tidak mempunyai pengkhususan muzik sewaktu menjalani latihan perguruan. Kajian ini juga meninjau apakah kesan penggunaan perisisan multimedia kompang terhadap suasana pengajaran pembeIajaran.Perisian ini dibina dengan menggunakan Macromedia Authoware 6.5 dan beberapa perisian sokongan iaitu Ulead Media Studio, Adobe Photoshop 6.0, Microsoft Word 2000, dan Ulead Cool 3D. Perisian juga dibina dengan mengadaptasikan kurikulum sukatan sekolah menengah dan sukatan kursus sijil perguruan khas ( satu tahun ) Pendidikan Muzik dan disesuaikan dengan sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah. Walaupun tiada tajuk khusus mengenai kompang dalam Sukatan Pendidikan Muzik Sekolah Rendah, tetapi ianya masih boleh disesuaikan dengan Aspek-aspek muzik yang ada dalam sukatan. Hasil dapatan menunjukkan penggunaan media yang terkini seperti perisisan muzik yang disokong oleh komputer dilihat dapat memberi kesan yang positif semasa proses pengajaran pembelajaran berlaku berbanding penggunaan media atau alat konvensional. Melalui persepsi guru-guru muzik, dapatan kajian juga menunjukkan perisian ini mampu membantu mereka dalam melaksanakan pengajaran pembelajaran Pendidikan Muzik dengan lebih baik.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.