Aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Thinesh Subramaniam
Subject
HQ The family. Marriage. Woman
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini adalah tentang aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia. Kajian ini mempunyai tiga objektif. Objektif pertama adalah mengkaji ciri-ciri kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia; objektif kedua adalah meneliti dan menilai kesesuaian penggunaan aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan dalam novel Tamil Malaysia; dan objektif ketiga adalah menerangkan ciri-ciri aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang masih dipertahankan oleh masyarakat Tamil Malaysia. Kajian ini telah menggabungkan dua kaedah secara bersepadu iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah kajian lapangan. Kaedah kepustakaan melibatkan analisis teks yang berpandukan 5 buah novel Tamil Malaysia yang digunakan dalam kajian ini. Manakala, kaedah kaiian lapangan dibentangkan dalam bentuk carta bar. Teori Kalaviyal dan teori Karpiyal digunakan sebagai teori mendasar kajian ini. Setelah menjalankan kajian berdasarkan objektif pertama, pengkaji mendapati bahawa ciri-ciri aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang diterangkan dalam karya agung TollWppiyam memang digunakan oleh penulis-penulis novel Tamil Malaysia dalam kelima-lima novel tersebut. Hasil dapatan objektif kedua mendapati bahawa aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan digunakan dengan sesuai dalam novel-novel Tamil Malaysia. Manakala, setelah menjalankan kajian berdasarkan objektif ketiga pula didapati bahawa aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan masih lagi dapat terlihat dalam kalangan masyarakat India zaman kini. Kehidupan masyarakat India kini masih mempunyai pengaruh aspek kehidupan sebelum dan selepas perkahwinan yang diterangkan dalam karya agung TolkOppiyam. Kajian ini menjadi salah satu garis panduan terutamanya kepada masyarakat Tamil di Malaysia bagi menguruskan kehidupan mereka sebelum dan juga selepas perkahwinan supaya aspek-aspek kehidupan yang dinyatakan dalam karya agung Tolklippiyam tidak diabaikan mengikut peredaran zaman.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.