UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Ghazali Din
Title :Kepengarangan Muhammad Haji Salleh berasaskan model proses kreatif teksnaluri (IR)
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan dan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan Muhammad Haji Salleh. Kajian secara kualitatif dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan kerja lapangan ini menganalisis sebanyak 10 buah kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh yang mengandungi 742 buah sajak dengan menggunakan Model Proses Kreatif Teksnaluri. Model ini dibangunkan sebagai sebuah kerangka konsep bagi memperjelaskan pengaruh elemen naluri dalam kepengarangan seseorang pengarang. Terdapat tujuh elemen naluri yang menjadi teras untuk memahami peranan naluri dalam kepengarangan pengarang iaitu Naluri Kerohanian, Naluri Kemanusiaan, Naluri Kemasyarakatan, Naluri Keindividualan, Naluri Keintelektualan, Naluri Kealaman dan Naluri Keindahan. Hasil analisis ke atas 742 sajak dalam 10 kumpulan puisi ini menemukan kehadiran elemen naluri yang secara dominan mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam proses kreatifnya. Elemen naluri yang paling dominan ditemui ialah Naluri Kealaman dan Naluri Keindividualan. Naluri Kealaman hadir dalam 286 buah sajak, Naluri Keindividualan(191), manakala Naluri Keindahan (175), Naluri Keintelektualan (171), Naluri Kemasyarakatan (156), Naluri Kemanusiaan (121), dan Naluri Kerohanian sebanyak 28 buah sajak. Hasil kajian ini juga menemukan pengaruh elemen Naluri Kealaman dan Keindividualan sangat kuat mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam penciptaan sajaknya. Tujuh naluri yang ditemui dalam proses kepengarangan Muhammad Haji Salleh ini wujud secara bawah sedar. Kajian ini juga mendapat terdapat elemen-eleman lain yang turut mempengaruhi kepengarangan Muhammad Haji Salleh dalam proses kreatifnya iaitu idea dan pemikiran. Dapatan kajian ini dapat membuktikan bahawa elemen naluri mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam penghasilan sesuatu teks di samping elemen lain iaitu idea dan pemikiran. Kajian ini mencadangkan Model Proses Kreatif Teksnaluri digunakan dalam kajian-kajian yang berkaitan proses kreatif dan kepengarangan ke atas penulis-penulis lain atau genre yang lain.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)