UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep seni ukiran Melayu pada seni bina Surau Kayu di Besut. Fokus kajian adalah untuk mengkaji elemen-elemen seni ukiran Melayu di Surau Kayu. Penyelidik membuat penilaian terhadap penerimaan dan penggunaan seni warisan. Kajian kes yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjelaskan objektif kajian secara menyeluruh dan menjawab persoalan kajian. Kaedah pemerhatian terhadap seni bina surau ini dijalankan berdasarkan elemen-elemen yang telah disarankan oleh Sabrizaa iaitu kaedah kod āSā iaitu nama objek, motif, jenis ukiran, komposisi, reka corak, pola, punca, kod bunga, kod daun dan komponen ukiran. Komponen-komponen tersebut dikenalpasti pada lokasi-lokasi di surau kayu ini. Temubual dijalankan di balai seni ukir di mana penyelidik menemubual pengukir dan tokoh pengukir. Kesimpulannya, kajian menunjukkan Surau Kayu merupakan seni bina berinspirasikan seni bina rumah tradisi Terengganu dan gaya aliran seni ukiran yang diterapkan pada seni bina ini adalah berasaskan elemen-elemen seni ukiran Melayu. Implikasinya, hasil kajian ini diharapkan boleh menjadi sumber rujukan terhadap perkembangan seni ukiran Melayu khususnya seni bina surau atau masjid di Terengganu. Ia juga diharapkan dapat menyumbang kepada dokumentasi, nilai-nilai estetik pada seni bina warisan surau atau masjid dan dapat memberi pengetahuan kepada pelajar serta generasi muda untuk menghargai seni warisan Melayu. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |