UPSI Digital Repository (UDRep)

Aplikasi seni ukiran Melayu dalam seni bina surau kayu di Besut, Terengganu

AVAILABLE Thesis 2748 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information
Title
Aplikasi seni ukiran Melayu dalam seni bina surau kayu di Besut, Terengganu
Type
Thesis
Main Author
Amirah Abas
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti konsep seni ukiran Melayu pada seni bina Surau Kayu di Besut. Fokus kajian adalah untuk mengkaji elemen-elemen seni ukiran Melayu di Surau Kayu. Penyelidik membuat penilaian terhadap penerimaan dan penggunaan seni warisan. Kajian kes yang dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif bagi menjelaskan objektif kajian secara menyeluruh dan menjawab persoalan kajian. Kaedah pemerhatian terhadap seni bina surau ini dijalankan berdasarkan elemen-elemen yang telah disarankan oleh Sabrizaa iaitu kaedah kod ā€˜S’ iaitu nama objek, motif, jenis ukiran, komposisi, reka corak, pola, punca, kod bunga, kod daun dan komponen ukiran. Komponen-komponen tersebut dikenalpasti pada lokasi-lokasi di surau kayu ini. Temubual dijalankan di balai seni ukir di mana penyelidik menemubual pengukir dan tokoh pengukir. Kesimpulannya, kajian menunjukkan Surau Kayu merupakan seni bina berinspirasikan seni bina rumah tradisi Terengganu dan gaya aliran seni ukiran yang diterapkan pada seni bina ini adalah berasaskan elemen-elemen seni ukiran Melayu. Implikasinya, hasil kajian ini diharapkan boleh menjadi sumber rujukan terhadap perkembangan seni ukiran Melayu khususnya seni bina surau atau masjid di Terengganu. Ia juga diharapkan dapat menyumbang kepada dokumentasi, nilai-nilai estetik pada seni bina warisan surau atau masjid dan dapat memberi pengetahuan kepada pelajar serta generasi muda untuk menghargai seni warisan Melayu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.