UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain

AVAILABLE Thesis 3005 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain
Type
Thesis
Main Author
Rosli Ibrahim
Subject
HT Communities. Classes. Races
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis konsep perpaduan kaum dalam novel terpilih Abdullah Hussain. Kaedah analisis teks secara kualitatif digunakan bagi menganalisis unsur perpaduan kaum yang terdapat dalam penulisan tokoh Sasterawan Negara ini. Dua novel yang digunakan sebagai subjek analisis dalam kajian ini ialah Interlok dan Buih di Atas Air.Teori Cerminan Masyarakat Lukacs telah digunakan sebagai landasan untuk melihat hubungan antara penulisan Abdullah Hussain di dalam kedua-dua novel tersebut dan perkaitannya dengan kehidupan masyarakat yang pelbagai latar belakang keturunan kaum dan budaya di Malaysia. Kajian ini mendapati pemilihan tema, plot dan watak dalam kedua-dua novel dapat mencerminkan latar belakang kehidupan sebenar masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kedua-dua novel juga telah berjaya menonjolkan unsur perpaduan kaum dalam pelbagai aspek kehidupan harian seperti dalam suasana sosio-budaya, ekonomi dan politik masyarakat Malaysia. Kajian ini juga mencerminkan citra budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai ini telah menyumbang ke arah kehidupan yang lebih harmoni dan bersatu padu dalam usaha membangunkan negara ini. Kesimpulannya, karya Abdullah Hussain bukanlah bercorak perkauman dan tidaklah cenderung untuk menyanjung sesuatu kaum sahaja serta memperkecilkan kaum yang lain. Implikasinya,kajian ini boleh dijadikan landasan kepada pihak panel penilai yang ingin membuat pemilihan karya sastera untuk digunakan dalam sesuatu tahap pendidikan di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.