UPSI Digital Repository (UDRep)

Penilaian kesediaan pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah

AVAILABLE Thesis 1437 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penilaian kesediaan pelajar PISMP Institut Pendidikan Guru untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah
Type
Thesis
Main Author
Juliana Osong
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2016
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesediaan pentaksiran pelajar guru tahun akhir di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah menggunakan instrumen Skala Pengukuran Kesediaan Pentaksiran (SPKP) yang diadaptasi dan disesuaikan dari instrumen Classroom Assessment Literacy (CALI). Sejumlah (N=500) pelajar guru yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata berkadaran telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Piawaian item dalam SPKP telah dipadankan dengan konteks struktur pentaksiran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Standards for Teacher Competence in the Educational Assessment of Students (STCEAS), Theory of Planned Behavior (TPB), Standard Guru Malaysia (SGM) dan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dan ditentusahkan menggunakan Model Rasch. Statistik deskriptif dan inferens juga telah dilakukan untuk menghuraikan data dan menguji hipotesis kajian. Keputusan menunjukkan bahawa SPKP mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh diterima dalam mengukur kesediaan pentaksiran pelajar guru dalam ketiga-tiga domain pengetahuan, kemahiran dan sikap. Item-item mempunyai ciri psikometrik yang sesuai dengan nilai min square fit (MNSQ) antara 0.77 hingga 1.30 (item dikotomus) dan 0.60 hingga 1.40 (item politomus). Tahap kesediaan untuk melaksanakan PBS dalam kalangan pelajar guru adalah pada tahap rendah ke sederhana. Prestasi tertinggi yang ditunjukkan ialah pada Standard 1 (memilih kaedah pentaksiran), manakala prestasi paling rendah yang ditunjukkan ialah dalam Standard 6 untuk (mengkomunikasi keputusan pentaksiran). Pelajar dan guru yang bersedia untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah lebih cenderung untuk melaksanakan pentaksiran mengikut standard dan garis panduan yang betul, berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran melalui pelbagai cara mengikut keperluan semasa. Implikasi kajian menunjukkan keperluan untuk mengkaji semula cara pentaksiran diajar kepada pelajar guru dan keperluan untuk memperbaiki struktur pentaksiran dalam PISMP. Oleh itu, kajian masa hadapan diharapkan dapat mengumpul maklumat lebih terperinci dan mengemukakan cadangan tentang penambahbaikan struktur pentaksiran dalam program pengajian dan latihan perguruan di IPG.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.