UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini bertujuan meneroka perubahan tenunan songket di Kampung Bukit Payong, Terengganu sejak tahun 1726. Perubahan tersebut dilihat dari aspek fungsi, peralatan, budaya, sosial, motif dan ragam hias songket tenun. Pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian ini. Kaedah pengumpulan data melibatkan temu bual dan pemerhatian. Temu bual melibatkan lima orang informan yang dipilih secara rawak berdasarkan latar belakang, pengalaman dan kemahiran dalam bidang tenunan songket. Sesi temu bual dijalankan secara tiga peringkat. Pemerhatian pula melibatkan analisis terhadap motif songket. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya perubahan dalam tenunan songket. Perubahan tersebut berlaku kerana beberapa faktor yang meliputi permintaan, persekitaran, sosiobudaya dan trend masa kini mengikut cita rasa penggemar songket. Faktor perubahan berlaku disebabkan oleh pengaruh modenisasi. Walau bagaimanapun songket tenun masih mendapat tempat di hati penggemar songket Melayu. Implikasi daripada kajian ini memperlihatkan pengekalan tradisi songket memerlukan semua pihak memainkan peranan dan fungsi mereka secara cekap dan berkesan. Dalam menjaga songket sebagai warisan budaya kita, perubahan tidak dapat dielakkan untuk memastikan kelestarian tenunan songket dapat dipelihara. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |