Aplikasi kaedah \"Negotiated Drawing\" dalam proses pembelajaran dunia seni visual kurikulum standard sekolah rendah bahagian Miri, Sarawak
Type
Thesis
Main Author
Sazlina Nor Azmi
Subject
NC Drawing Design Illustration
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat keberkesanan Kaedah "Negotiated Drawing". Kaedah ini digunakan untuk meningkatkan kemahiran melukis dalam kalangan murid Sekolah Rendah. Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis artifak untuk mengukur perubahan, perkembangan kemahiran dan minat murid dalam lukisan. Maklumat pencapaian murid dikumpulkan dengan menggunakan ujian pra dan ujian pasca. Seramai 26 orang murid Tahun 2, 3 dan 5 di SK Rumah Mentali, Subis dipilih sebagai informan kajian. Daripada penyelidikan yang dijalankan, hasil kajian menunjukkan Kaedah "Negotiated Drawing" memberi kesan yang baik terhadap peningkatan kemahiran murid dalam melukis. Selain itu, dapatan dari aspek minat murid adalah positif mengikut eviden yang dikumpul terhadap pencapaian murid. Perlaksanaan kaedah ini dapat membina insan yang kreatif, inovatif, proaktif dan mampu berdaya saing dalam meningkatkan kemahiran melukis. Justeru, Kaedah "Negotiated Drawing" sesuai diterapkan sebagai salah satu kaedah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran lukisan.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.