UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Artikel ini dihasilkan bagi membincangkan keupayaan murid sekolah rendah dalam menerokai bahasa pengaturcaraan visual. Bahasa pengaturcaraan visual sedang mula diperkenalkan di dalam kurikulum Tahun Enam di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Satu kajian berkaitan melibatkan pengumpulan data kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan. Kaedah pengumpulan data kajian melibatkan proses pemerhatian ke atas subjek yang terdiri daripada sekumpulan 27 murid sekolah rendah berusia tujuh hingga dua belas tahun daripada pelbagai latar belakang dan pelbagai sekolah di sekitar Daerah Mualim. Di dalam kajian ini, muridmurid terlibat perlu mengikuti satu bengkel mengenai pengaturcaraan visual. Antara aktiviti terlibat adalah: (i) sesi pengenalan dan tutorial terbimbing oleh ketua bengkel dan dibantu oleh beberapa fasilitator (jika diperlukan), (ii) sesi latihan tutorial kendiri, juga dibantu oleh fasilitator (jika diperlukan), dan (iii) sesi penerokaan kendiri. Hasil kajian mendapati murid-murid seawal umur tujuh tahun boleh mengikuti pembelajaran dengan dibantu rapat oleh fasilitator. Sebahagian besar murid-murid berumur sepuluh tahun dan kesemua murid berumur sebelas tahun dan ke atas boleh mengikuti pembelajaran tanpa bantuan penuh daripada fasilitator serta boleh melaksanakan arahan tutorial kendiri dengan baik. Hanya sebahagian sahaja daripada kumpulan murid berkenaan yang mahu meneroka lebih lanjut. Kajian mendapati reka bentuk bahasa pengaturcaraan itu sendiri sangat mempengaruhi keupayaan murid untuk mempelajarinya dengan baik. Diharap kajian ini dapat dijadikan sebagai satu permulaan atau rujukan para pengkaji, guru dan ibu bapa. |
References |
1. Crow, D. (2014). Why children should learn to code? The Guardian. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.theguardian.com.
2. Dredge, S. (2014). Coding at school: a parent’s guide to England’s new computing curriculum. The Guardian. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.theguardian.com.
3. Fessakis, G., Gouli, E., Mavroudi, E. (2013). Problem solving by 5–6 years old kindergarten children in a computer programming environment: A case study. Computers & Education. 63, pp. 87–97.
4. Hinsliff, G. (2015). Should kids learn to code? TheGuardian. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.theguardian.com.
5. Kementerian Pelajaran Malaysia (2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun Enam.
6. Mohd. Asron Mustapha (2012). Kurikulum baru mulai 2016. Utusan Malaysia. Retrieved Dec 31, 2016 from http://www.utusan.com.my.
7. Resnick, M., Maloney, J., Monroy-Hernández, A., Rusk, N., Eastmond, E., Brennan, K., Millner, A., Rosenbaum, E., Silver, J.,
8. Silverman, B., & Kafai, Y. (2009) Scratch: programming for all. Communications of the ACM. 52(11), pp. 60-67.
9. Scratch (2016). Retrieved Dec 31, 2016 from https://scratch.mit.edu.
10. Smith, N., Sutcliffe, C., & Sandvik, L. (2014). Code Club: bringing programming to UK primary schools through Scratch. Published in Proceedings of the 45th ACM Technical Symposium on Computer Science Education. Atlanta, GA.
11. Wohl, B., Porter, B., & Clinch, S. (2015). Teaching computer science to 5-7 years old: An initial study with scratch, cubelet and unplugged computing. Published in Proceedings of the Workshop in primary and secondary computing education, New York. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |