UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Zairul Anuwar Jamriy
Title :Strategi pengajaran pemulihan Jawi j.Qaf di sekolah rendah Perak
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menganalisa strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF di sekolah rendah di Perak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif terhadap 300responden guru j-QAF dan 300 responden murid tahun lima. Ia turut disokong dengan pendekatan kualitatif. Terdapat sembilan pemboleh ubah dalam kajian ini yang merangkumi set induksi, modul pemulihan jawi, objektif pengajaran, pendekatan pengajaran, kaedah pengajaran, teknik pengajaran, penilaian pengajaran, BBM dan sahsiah guru. Data kajian dianalisis secara deskriptif menggunakan SPSS untuk menguji frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Data kajian yang dianalisis secara inferensi pula menggunakan ujian-t dan korelasi Pearson. Dua set instrumen soal selidik dibina oleh pengkaji dengan nilai kebolehpercayaan alfa Cronbach adalah tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati strategi pengajaran pemulihan jawi j-QAF daripada persepsi guru adalah sederhana rendah manakala daripada persepsi murid pada tahap sederhana tinggi. Hasil analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi komponen pendekatan pengajaran,teknik pengajaran, penilaian pengajaran dan BBM berdasarkan faktor jantina manakala tiada perbezaan yang signifikan terhadap komponen pengajaran berdasarkan faktor lokasi. Walau bagaimanapun, hasil analisis korelasi Pearson pula mendapati wujud hubungan yang signifikan antara komponen set induksi dengan pencapaian murid dan komponen modul pemulihan jawi dengan pencapaian murid pemulihan jawi. Implikasi kajian dan cadangan terhadap kementerian, sekolah, guru dan ibu bapa turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.