UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Norhanita Ramli
Title :Hubungan di antara corak orientasi matlamat dan motif penglibatan dalam aktiviti rekreasi
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Kajian ini juga melihat hubungan di antara orientasi matlamat dengan motif penglibatan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi. Seramai 120 responden (N=120) yang mengikuti kursus kokurikulum berkredit rekreasi kembara alam, kayak dan rakit arus deras bagi semester II sesi 2015/2016 melengkapkan Task and Ego Orientation in Sports Questionnaire (TEOSQ) dan Leisure Motivation Scale (LMS). Data dianalisis menggunakan statistik diskriptif, perbandingan min, ujian-t sampel tidak bersandar dan korelasi. Hasil dapatan ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan pelajar lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian juga mendapati motivasi intrinsik menyelesaikan adalah motif utama pelajar lelaki manakala motivasi intrinsik mengetahui adalah motif utama bagi pelajar perempuan. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang kuat antara orientasi tugasan dengan motif penglibatan motivasi intrinsik rangsangan pengalaman, intrinsik mengetahui, ekstrinsik mengenal pasti dan intrinsik menyelesaikan serta orientasi ego dengan motif penglibatan amotivation. Kepelbagaian corak orientasi matlamat dan motif penglibatan pelajar UPSI berperanan dalam mempengaruhi penglibatan pelajar untuk mengikuti kursus rekreasi. Pengkaji juga mengemukakan beberapa cadangan bagi menarik minat pelajar untuk meningkatkan penglibatan dalam aktiviti rekreasi
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.