UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkaitan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental atlet Masum

AVAILABLE Thesis 851 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkaitan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental atlet Masum
Type
Thesis
Main Author
Nur Zalikha Ahmad Zabidi
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji perkaitan antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental dalam kalangan atlet yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Seramai 102 orang atlet MASUM terdiri daripada 51 orang lelaki dan 51 orang wanita yang mewakili dalam sukan sofbol (30 orang), bola tampar (24 orang), ragbi (24 orang) dan bola baling (24 orang) terlibat dalam kajian ini. Soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionaire, Duda & Nicholl’s (1989); Psychology Performance Inventory, PPI Loehr, (1986) dijawab oleh responden. Analisis deskriptif menjelaskan min dan sisihan piawai, ujian-t, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan dalam kajian ini melalui program IBM SPSS version 20.0. Hasil dapatan ujian-t menunjukkan atlet lebih berorientasikan tugasan berbanding orientasi ego. Dapatan kajian mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi perbezaan tahap kekuatan mental berdasarkan jantina atlet. Analisis korelasi Pearson menunjukkan tiada hubungan di antara corak orientasi matlamat dan tahap kekuatan mental bagi atlet lelaki dan wanita. Kesimpulannya, prestasi dan kejayaan dalam sukan boleh dipertingkatkan sekiranya atlet sentiasa mempraktikkan corak orientasi matlamat dan kekuatan mental semasa latihan serta pertandingan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.