UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini mengkaji hubung kait antara motivasi, kesedaran risiko dan kecekapan terhadap kepuasan di dalam aktiviti rakit arus deras. Reka bentuk deskriptif tinjauan dan korelasi digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Recreation Experience Preferences (REP) digunakan bagi mengkaji faktor motivasi dan Dimension of an Adventure Experience (DAE) bagi menguji kesedaran risiko dan kecekapan. Leisure Satisfaction Scale pula digunakan bagi mengkaji tahap kepuasan peserta rakit arus deras. Responden kajian terdiri daripada 404 orang yang menyertai aktiviti rakit arus deras di Sungai Kampar, Perak. Analisis min, sisihan piawai, ujian-t tidak bersandar, MANOVA dan korelasi Pearson digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan, alam semula jadi, keterujaan dan sosiabiliti sebagai motivasi utama di dalam aktiviti rakit arus deras manakala tahap kepuasan yang tinggi direkodkan di dalam faktor estetik, psikologikal dan sosial. Peserta menyedari tahap risiko menurun dan tahap kecekapan meningkat selepas didedahkan kepada aktiviti rakit arus deras. Kajian ini menunjukkan hubungan yang positif di antara motivasi dan kecekapan terhadap kepuasan, manakala hubungan yang negatif direkodkan bagi risiko dan kepuasan. Kajian ini membuktikan bahawa, motivasi, kesedaran risiko dan kecekapan berkait rapat dengan kepuasan di dalam penyertaan aktiviti rakit arus deras. Kesimpulannya, faktor motivasi yang mendorong peserta menyertai rakit arus deras tidak semestinya menjadi faktor yang sama yang menyumbang kepada kepuasan peserta. Implikasinya, operator aktiviti dan pihak yang berkaitan perlu merancang strategi untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada kepuasan estetik, psikologikal dan sosial peserta rakit arus deras untuk menjamin kepuasan yang tinggi di dalam penyertaan aktiviti ini. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |