UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Nor Fadilah Nadzri
Title :Kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Penilaian kualiti amalan guru dilaksanakan secara holistik berdasarkan Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa. Kajian melibatkan empat domain iaitu domain perancangan dan persediaan pengajaran, pengurusan bilik darjah, pengajaran dan tanggungjawab profesionalisme. Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 30 orang responden di dua buah MRSM di negeri Perak. Tiga alat kajian digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa guru-guru melaksanakan amalan-amalan penyediaan perancangan pengajaran harian yang baik sebelum masuk ke kelas. Seterusnya, komitmen guru-guru yang menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan kondusif telah menunjukkan bahawa mereka melaksanakan amalan yang cemerlang dalam pengurusan bilik darjah. Kajian ini juga menunjukkan bahawa guru-guru telah melaksanakan pembelajaran berpusatkan pelajar dan mengamalkan fleksibiliti serta responsif terhadap para pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Namun begitu, amalan berbahasa mengikut nahu yang betul ketika penyampaian pengajaran dan penyoalan terhadap pelajar masih memerlukan penambahbaikan. Selain itu, amalan pemberian latihan yang bersesuaian dengan pelajar dan komitmen penyemakan latihan oleh guru telah menunjukkan bahawa mereka melaksanakan tanggungjawab profesionalisme dengan baik. Walau bagaimanapun, penyediaan refleksi dan rekod intervensi perlu dilaksanakan dengan lebih efisien. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa Model Kerangka Pengajaran Danielson dan penerapan tiga prinsip kesempurnaan berbahasa boleh mengukur kualiti amalan guru. Oleh itu, kajian ini telah dapat menunjukkan tahap kualiti amalan guru dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di MRSM. Implikasi kajian menunjukkan bahawa standard piawaian kualiti itu penting sebagai penanda aras amalan guru yang berkesan dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran untuk pemantapan dan kecemerlangan tahap profesionalisme guru Bahasa Melayu di MRSM.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.