UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :GV Recreation Leisure
Main Author :Norhamsaton Abu Bakar
Title :Pola laluan perkembangan pemain Badminton elit negeri Perak (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2016
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pola laluan perkembangan pemain badminton elit negeri Perak dan menganalisis kewujudan kesan umur relatif pemain yang mewakili negeri Perak dalam kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Kajian ini berbentuk retrospektif melalui perbandingan data sejarah penglibatan dari segi umur sasaran pencapaian, aktiviti badminton berstruktur (latihan dengan jurulatih, latihan sendiri dan pertandingan) dan tidak berstruktur (bermain bersama rakan) serta penglibatan dalam sukan lain dua kumpulan, 19 orang pemain elit dan 19 orang pemain sub elit. Instrumen soal selidik Participation History Questionnaire yang diubahsuai digunakan untuk pengumpulan data. Data perbandingan umur sasaran pencapaian kedua kumpulan mengikut jantina dianalisis menggunakan ANOVA sehala sementara faktorial ANOVA digunakan menganalisis kumpulan pemain dan aktiviti badminton mengikut julat umur. Analisis kesan umur relatif dijalankan ke atas 311 orang pemain badminton MSSM Perak dari tahun 2006- 2015 menggunakan ujian Khi Kuasa Dua. Keputusan menunjukkan pemain badminton elit memilih pola laluan pegkhususan awal iaitu menjalani aktiviti berstruktur dengan jumlah jam yang lebih banyak berbanding sub elit, mencapai umur sasaran pencapaian di usia muda serta terlibat dalam sukan lain dengan jumlah yang minima. Keputusan kajian kedua pula menunjukkan terdapat kesan umur relatif untuk pemain badminton lelaki MSSM Perak secara keseluruhan. Namun demikian, kesan ini adalah disebabkan oleh pemain bagi kategori lelaki bawah 12 tahun sahaja. Tiada kesan umur relatif dilaporkan untuk pemain perempuan. Mencapai umur sasaran pencapaian pada usia yang muda dan menjalani aktiviti berstruktur dengan jumlah jam yang banyak dalam sukan spesifik dicadangkan sebagai faktor utama mencapai status pemain elit. Hasil kajian ini dapat digunakan sebagai panduan untuk program pembangunan bakat sukan badminton dari peringkat sekolah sehingga ke kebangsaan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)