UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QL Zoology
Main Author :Nurul Izzah Abdul Rahman
Title :Pengenalpastian dan pencirian alergen major dan minor pada ketam lumpur (Scylla serrata) dengan menggunakan pendekatan proteomik
Place of Production :Tanjung Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2017
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan mengenalpasti alergen major ketam lumpur, Scylla serrata dengan menggunakan pendekatan proteomik. Ekstrak protein ketam jantan dan betina yang tidak dimasak dan yang dimasak telah disediakan daripada daging ketam. Profil protein dianalisis dengan menggunakan elektroforesis gel natrium dodesil sulfat berpoliakrilamida (SDS-PAGE). Alergen major dan alergen minor dikenalpasti dengan kaedah pemblotan imuno menggunakan sampel serum daripada 50 orang pesakit alergi ketam. Tompokan protein pengikatan IgE utama pada alergen major dikesan dengan teknik elektroforesis dua dimensi (2-DE) dan pemblotan imuno 2-DE. Identiti tompokan protein utama pada alergen major kemudiannya dikenalpasti menggunakan spektrometri jisim. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua ekstrak ketam jantan dan betina yang tidak dimasak mengandungi sebanyak 20 jalur protein berbanding dengan ekstrak yang telah dimasak hanya mengandungi sebanyak 11 jalur protein. Ketam yang tidak dimasak mempunyai 12 protein pengikat IgE, manakala ketam yang telah dimasak mempunyai hanya 6 protein pengikat IgE. Protein pengikat IgE yang tahan haba pada berat molekul 36 kDa dan protein yang tidak tahan haba pada 41 kDa telah dikenalpasti sebagai alergen major pada S. serrata dengan frekuensi masing-masing sebanyak 98% dan 70%. Analisis profil 2-DE telah menunjukkan alergen major pada 36 kDa mempunyai satu tompokan protein, manakala alergen major pada 41 kDa mengandungi empat tompokan protein. Tompokan protein 4a dan 3d telah dikesan sebagai tompokan protein pengikatan IgE utama, masing-masing pada alergen major 36 dan 41 kDa. Analisis spektrometri jisim telah mengenalpasti tompokan protein 4a sebagai tropomiosin, manakala tompokan protein 3d adalah arginina kinase. Kesimpulannya, kedua-dua jenis alergen yang tahan haba dan sensitif haba dipercayai sebagai penyebab kepada tindakbalas alergi terhadap ketam lumpur. Implikasi kajian ini adalah alergen-alergen major ini boleh diaplikasikan untuk membangunkan teknik pendiagnosan, pengurusan dan rawatan yang lebih baik terhadap pesakit alergi ketam lumpur.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.