Hubungan kuasa motivasi guru dan kualiti perkhidmatan dalaman dengan kepuasan pekerjaan guru di sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan
Type
Thesis
Main Author
Shazuwani Mustapa
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2015
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk meninjau hubungan antara kuasa motivasi guru dan kualiti perkhidmatan dalaman guru terhadap kepuasan pekerjaan guru. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini berbentuk kaedah tinjauan melalui pengumpulan data daripada kumpulan guru yang dikaji menggunakan borang soal selidik. Kajian ini melibatkan 360 orang guru sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan yang telah dipilih sebagai sampel. Data dianalisis menggunakan analisis inferens berkaitan Analisis Korelasi Pearson untuk mengenalpasti pengaruh kuasa motivasi guru dan kualiti perkhidmatan dalaman terhadap kepuasan pekerjaan guru. Dapatan kajian menunjukkan kuasa motivasi guru mempunyai hubungan yang rendah dan signifikan dengan kepuasan pekeriaan guru manakala kualiti perkhidmatan dalaman guru mempunyai hubungan yang sederhana kuat dengan kepuasan pekerjaan guru. Sememangnya, kepuasan pekerjaan guru memberi kesan yang positif dalam mempengaruhi komitmen para guru terhadap kerjayanya. Implikasi dapatan kajian ini mencadangkan bahawa peranan kepimpinan wajar menjadi faktor utama dalam membentuk iklim pentadbiran yang memberangsangkan dan harmoni serta mewujudkan hubungan rapat yang dapat meningkatkan kepuasan dalam kalangan pendidik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.