UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :B Philosophy (General)
Main Author :Mohd Izwan Shahril
Title :Keberkesanan instrumen pentaksiran pembelajaran (IPP) berasaskan Teaching Games For Understanding (TGfU) bagi permainan Badminton (IR)
Publisher :Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of Publication :2017
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keberkesanan Instrumen Pentaksiran Pembelajaran (IPP) bagi topik badminton berasaskan Teaching Games For Understanding (TGfU) dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani tingkatan 2. Instrumen Pentaksiran Pembelajaran diukur berdasarkan kesahan dan kebolehpercayaan, menentukan tahap, melihat perbandingan dan mengenal pasti hubungan tentang pencapaian pembelajaran pelajar. Selain itu, penggunaan IPP ditentukan keberkesanannya melalui soal selidik persetujuan guru. Kekuatan IPP turut dikaji rnelalui perkaedahan triangulasi. Reka bentuk kajian berupa kaedah praeksperirnen kajian kes sekali. Populasi kajian adalah guru Pendidikan Jasmani dan pelajar tingkatan 2 dari sekolah-sekolah menengah daerah Hulu Selangor yang terpilih. Sampel terdiri daripada 18 orang guru Pendidikan Jasmani serta 448 orang pelajar tingkatan 2. Kajian ini mendapati nilai kesahan dan kebolehpercayaan IPP adalah tinggi. Pencapaian pembelajaran pelajar dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif adalah pada tahap 5 iaitu pelajar dapat mencipta strategi, taktikal dan membina perwatakan nilai-nilai murni sepanjang tempoh permainan. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara sekolah asrama penuh, sekolah agama dan sekolah harian, namun mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian pembelajaran pelajar. Instrumen Pentaksiran Pembelajaran didapati berkesan berdasarkan tahap persetujuan guru dan mempunyai nilai perkaedahan triangulasi yang tinggi. Kesirnpulannya, IPP boleh digunakan sebagai alat ukur yang standard dan piawai dalam aktiviti menaakul oleh pelajar, terutamanya dari aspek membuat keputusan dalam situasi permainan. Instrumen Pentaksiran Pembelajaran Juga mampu dijadikan sebagai panduan untuk meningkatkan kualiti pentaksiran pengajaran dan pembelajaran guru bagi topik ini. Implikasi kajian ini ialah menghasilkan model IPP yang dapat digunakan untuk mentaksir pencapaian pembelajaran pelajar bagi topik badminton berasaskan TGfU.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)