UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Sabariah Sulaiman
Title :Kaedah ejaan Jawi dalam surat Melayu lama abad ke-16 hingga abad ke-18
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ejaan Jawi lama yang tidak sistematik menyebabkan ramai orang sukar untuk teks Melayu lama. Keadaan ini amat merugikan kerana dalam teks Melayu lama terkandung pelbagai bidang ilmu yang perlu diterokai bagi membolehkan ilmu tersebut dikaji dan dimanfaatkan. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk membuat analisis dan perbandingan kaedah ejaan Jawi lama antara surat dan antara abad. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti kaedah ejaan Jawi dalam perkataan ekasuku dan dwisuku/trisuku, ejaan kata ganda, ejaan berangkai dan ejaan kata pinjaman Arab di samping mengenal pasti penggunaan huruf gubalan Melayu dan penggunaan tanda diakritik. Bagi mencapai objektif tersebut, 10 pucuk surat Melayu lama dari abad ke-16 hingga abad ke-18 telah digunakan sebagai bahan kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga kaedah ejaan bagi perkataan dwisuku/trisuku berkombinasi vokal iaitu Kaedah Tanpa Vokal, Kaedah Campuran dan Kaedah Vokal manakala perkataan ekasuku, kebiasaannya dieja tanpa huruf vokal. Kaedah ejaan untuk perkataan berkombinasi diftong pula ialah Kaedah Tanpa Vokal. Dalam sesetengah perkataan, tanda diakritik masih digunakan walaupun tidak sepenuhnya. Kajian turut membuktikan, wujudnya huruf gubalan Melayu dan telah digunakan dengan pelbagai bentuk, ejaan kata ganda dieja mengikut sebutan sebelum menggunakan angka dua Arab (") dan perkataan pinjaman Arab kebanyakannya mengekalkan ejaan asal. Di samping itu, terdapat juga gaya ejaan berangkai/bersambung. Kajian ini dapat menjelaskan tentang kaedah ejaan Jawi yang telah digunakan 300 tahun dahulu dan dapat mengukuh atau menyangkal mana-mana pendapat yang sudah diberi selama ini. Lebih bermakna apabila dapatan kajian ini telah menghasilkan Panduan eJawi Ria yang boleh dijadikan panduan asas untuk membaca ejaan Jawi lama. Secara asasnya, kajian ini telah memberi maklumat berhubung kaedah ejaan Jawi abad ke-16 hingga 18. Implikasi daripada maklumat ini amat besar kerana dapat memudahkan proses pembacaan dan pengkajian manuskrip Melayu lama di samping dapat mendekatkan masyarakat kepada tradisi ilmu pribumi Melayu menerusi penghayatan terhadap sejarah kegemilangan tulisan Jawi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.