Kebolehpasaran graduan program reka bentuk grafik di IPTA dalam industri
Type
Thesis
Main Author
Mohd Firdhaus Hasraf Hassan
Subject
HD Industries. Land use. Labor
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2016
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Abstract
Grafik di IPTA dalam industri Malaysia bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2008 hingga tahun 2012. Kajian juga menilai pola dan jumlah permohonan, penawaran dan kemasukan pelajar serta jumlah dan pola graduan yang berkerja, tidak bekerja dan menyambung pelajaran serta mengumpul isu-isu semasa dalam industri reka bentuk grafik di Malaysia. Pendekatan kaedah campuran iaitu data kualitatif menyokong data kuantitatif dan dianalisa secara deskriptif digunakan dalam kajian ini. Sebanyak lima buah IPTA yang menawarkan program reka bentuk grafik dalam Tracers Study dipilih iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Johor Bahru dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Arau. Data sekunder iaitu jumlah permohonan pilihan pertama diperolehi daripada bahagian pengurusan kemasukan pelajar (UPU) manakala data penawaran dan kemasukan diperolehi daripada bahagian pengurusan pembangunan akademik IPTA dan Jabatan Pengajian Politeknik. Data pengesanan graduan diperolehi daripada Traces Study dan data bank IPTA sebagai penilaian prestasi bagi graduan. Data kuantitatif yang telah dianalisa dijadikan asas kepada pembinaan soalan temubual. Hasil kajian menunjukkan program reka bentuk grafik di IPTA terus mendapat permintaan tinggi daripada industri sesuai dengan perkembangannya di peringkat global. Perkembangan pesat industri kreatif dunia membolehkan bidang ini menjana peluang pekerjaan di kalangan graduan. Sektor swasta menyediakan peluang pekerjaan yang lebih meluas berbanding sektor kerajaan berdasarkan situasi semasa. Kurikulum yang sentiasa dikemaskini di peringkat IPTA adalah seiring dengan kehendak negara menjadikan Malaysia sebagai negara maju menjelang tahun 2020. Kesimpulan kajian ini menunjukkan kebolehpasaran graduan reka bentuk grafik di IPTA berada di tahap yang baik. Graduan yang memiliki tahap kemahiran insaniah yang tinggi adalah mendapat permintaan yang tinggi daripada industri. Hubungan di antara industri dan IPTA perlu terus dipertingkatkan bagi memastikan graduan yang dihasilkan menepati kehendak pasaran yang dinamik. Implikasi kajian menunjukkan kualiti pendidikan di IPTA yang baik membolehkan tahap kebolehpasaran graduan turut berada di tahap yang baik.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.