UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :BF Psychology
Main Author :Norazani Ahmad
Title :Meneroka penggunaan model penyeliaan kaunseling dalam kalangan penyelia latihan profesional di Universiti awam
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2016
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Penyelia memainkan peranan penting dalam memberi latihan dan penyeliaan kepada kaunselor pelatih. Peranan penyelia bukan sahaja mengajar, melatih dan menjadi penyelia klinikal kepada kaunselor pelatih, malah bertanggungjawab memantau kualiti kaunselor pelatih. Sejajar dengan tanggungjawab ini, penyelia perlu meningkatkan kecekapan personal dan profesional dalam aspek penggunaan model penyeliaan kaunseling ketika menjalankan penyeliaan klinikal. Tujuan kajian ini adalah untuk meneroka model penyeliaan yang telah digunakan dalam kalangan penyelia ketika penyeliaan klinikal berlangsung. Kajian ini merupakan kajian kes kualitatif yang melibatkan empat orang penyelia dan tujuh orang kaunselor pelatih di dua buah Institusi Pengajian Tinggi Awam. Temubual separa berstruktur, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada peserta kajian. Data dianalisis menggunakan perisian Atlas ti. versi 7. yang melibatkan proses mengekod, menkategori dan mengenal pasti tema. Kesahan data diperoleh melalui semakan peserta kajian dan pakar. Manakala kebolehpercayaan data diperoleh melalui proses triangulasi. Penyelidik juga menggunakan prosedur jejak audit, deskripsi yang terperinci, semakan rakan sekerja dan indeks analisis Cohen Kappa untuk meningkatkan kebolehpercayaan data. Hasil kajian menunjukkan bahawa keempat-empat penyelia menggunakan pendekatan eklektik ketika penyeliaan kaunseling di sekolah. Pendekatan-pendekatan tersebut merangkumi model berasaskan teori psikoterapi seperti Model Pemusatan Insan, Model Tingkah laku dan Kognitif. Dapatan juga menunjukkan bahawa penyelia juga menggunakan model penyeliaan kaunseling yang khusus seperti Model Perkembangan dan Model Integratif. Pendekatan eklektik yang telah dipraktis oleh penyelia ini ditunjukkan dari segi peranan penyeliaan, aktiviti penyeliaan dan hubungan penyeliaan. Kajian ini juga menyediakan data penting berkenaan dengan isu-isu dalam amalan penyeliaan yang telah dilalui oleh peserta kajian. Sejajar dengan hasil kajian, beberapa cadangan bagi meningkatkan amalan penyeliaan kaunseling di Malaysia turut dibincangkan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.