UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Objektif makalah ini ialah pertama mengenal pasti fungsi mantera dalam masyarakat Melayu dan kedua mengenal pasti penggunaan simbol dalam mantera. Mantera mempunyai unsur simbolisme yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasanya. Ia penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu untuk menjadi lebih sempurna dalam kehidupan mereka dan kehidupan bermasyarakat. Kajian ini bertitik tolak daripada teori semiotik Peirce yang mengemukakan tiga perkara iaitu ikon, indeks dan simbol. Dalam makalah ini, prinsip simbol akan digunakan untuk melihat pemilihan kata-kata dalam mantera sebagai cerminan lambang akal budi orang Melayu. Teori semiotik ini tidak akan dilihat sebagai dunia yang autonomous tetapi akan dihubungkan dengan konteks atau budaya masyarakat yang melahirkan mantera. Justeru keindahan kata-kata dalam mantera bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Mantera juga dapat menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. |
References |
1. Abdul Aziz Abd Talib. (1995). Jean Piaget dan teori perkembangan bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 39 (1): 57-61.
2. Abdullah Hassan (peny). (2007). Psikolinguistik Memahami Asas Pemerolehan Bahasa. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.
3. Aitchison, Jean. (1998). The articulate mammal. An introduction to psycholinguistics. London: Routledge.
4. George A. Miller. (1965). The psycholinguists. Encounter, July 1964, pp. 29-37. http://www.unz.org/Pub/Encounter-1964jul-00029.
5. Harimurti Kridalaksana. (1982). Kamus linguistik. Gramedia: Jakarta.
6. Haron Daud. (2007). Penggunaan mantera dalam bidang perbomohan dan perubatan tradisional Melayu. Pandangan Semesta Melayu Mantera. Rogayah A.Hamid & Mariyam Salim (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7. Hasan Mat Nor. (2007). Mantera, perbomohan dan pandangan semesta Melayu dari perspektif sosiologi dan antropologi. Pandangan Semesta Melayu Mantera. Rogayah A.Hamid & Mariyam Salim (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
8. Harun Mat Piah et.al. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9. Hashim Awang et.al. (1990). Mendekati Kesusasteraan Melayu. Fajar Bakti.
10. Ismail Hussein. (1974). The Study of Traditional Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
11. Kris Budiman. (1999). Kosa Semiotika. Yogyakarta: LKIS.
12. Mana Sikana. (1997). Teori Sastera dan Budaya dalam Kajian Akademik. Bangi: Jabatan Persuratan Melayu.
13. Mana Sikana.(1998). Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme. Shah Alam: Fajar Bakti.
14. Mana Sikana. (2012). Teori Sastera Kontemporari. Bangi: Penerbit Pustaka Karya.
15. Mahani Awang. (1994). Mengapa Pandang Rendah pada Bomoh. Wanita. Bil. 303 Oktober.
16. Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
17. Noriah Taslim. (2007). Mekanisme kuasa dalam mantera: Satu analisis dari pendekatan pragmatik. Pandangan Semesta Melayu Mantera. Rogayah A.Hamid & Mariyam Salim (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
18. Noriah Mohamed. (2006). Sentuhan Rasa dan Fikir dalam Puisi Melayu Tradisional. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
19. Rogayah A. Hamid dan Mariyam Salim (peny). (2000). Pandangan Semesta Melayu Mantera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
20. Saussure, Ferdinand de. (1983). Course in General Linguistics. London: Fontana.
21. Sulalatus Salatin. (1996). A.Samad Ahmad (peny). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
22. Soenjono Dardjowidjojo. (2003). Psikolinguistik Pengantar Pemahaman Bahasa Manusia. Jakarta: Yayasan Obor Indonesia.
23. Teuku Iskandar. (1995). Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Brunei: Universiti Brunei Darussalam
24. Tengku Intan Marlina Tengku Mohd. Ali & Mohamad Shahidan. (2009). Semiotik Peirce Penandaan dan Pemaknaan. Kuala Lumpur: Quest Ahead Sdn. Bhd.
25. Wan Abdul Kadir. (2000). Tradisi dan Perubahan Norma dan Nilai di Kalangan Orang-Orang Melayu. Masfami Enterprise.
26. Zulkifley Hamid. (1996). Teori dan konteks untuk pengajaran bahasa. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |