UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :article
Subject :P Philology. Linguistics
ISSN :2289-9391
Main Author :Haji Mohd Nor Mariyati, Md. Salleh Norhana, Baharum Hasrina,
Title :Kesilapan penggunaan kata kerja dalam kalangan pelajar Melayu ketika menstruktur ayat dalam penulisan bahasa Sepanyol
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Dalam mempelajari bahasa asing seperti bahasa Sepanyol, pelajar sering kali melakukan kesilapan sama ada dari aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik. Kesilapan yang berlaku dipengaruhi oleh banyak aspek seperti pengaruh bahasa ibunda, bahasa kedua pelajar, perbezaan ciri linguistik yang terdapat pada bahasa sasaran dan bahasa ibunda pelajar dan sebagainya. Aspek kesilapan yang menjadi fokus dalam kajian ini adalah kata kerja bahasa Sepanyol yang merangkumi pembentukan dan penggunaanya dalam ayat. Pelajar sering kali keliru dengan bentuk konjugasi kata kerja yang pelbagai berdasarkan subjek dan kala, melakukan penambahan kata kerja yang tidak perlu, mengurangkan kata kerja yang perlu, pemilihan kata kerja yang salah dan melakukan terjemahan yang tidak tepat. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti jenis kesilapan dalam penggunaan kata kerja oleh pelajar Melayu dan menentukan punca kesalahan dan kesilapan yang dilakukan. Bagi mencapai objektif kajian ini, penyelidik menggunakan teori analisis kesilapan oleh Dulay, Burt dan Krashen (1982). Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 orang pelajar UPSI yang mempelajari bahasa Sepanyol pada tahap satu iaitu tahap paling asas. Hasil kajian mendapati majoriti responden membuat kesalahan disebabkan struktur ayat bahasa Sepanyol yang berbeza dengan struktur ayat bahasa Melayu, pengaruh daripada bahasa ibunda pelajar tidak dapat dielakkan dan berlaku juga pengaruh daripada bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Dengan itu, penyelidik mengemukakan beberapa pendekatan dan cadangan dalam usaha meningkatkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Sepanyol sebagai bahasa asing di Malaysia.

References
1. Azlina Seraai. (2009). Orientasi dan motivasi pelajar dalam pembelajaran bahasa Sepanyol, MA Thesis, Universiti Malaya. 2. Azman Che Mat & Goh Yin Soon. (2010). Situasi pembelajaran bahasa asing di institusi pengajian tinggi. Perbandingan antara bahasa Arab, bahasa Mandarin dan bahasa Perancis, AJLTHE Vol 12 (2) P.9-20. 3. Azman Wan Chik. (1982). Trend-trend baru dalam pendidikan bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publication. 4. Corder, S.P. (1967). The significance of learners` errors. International Review of Applied Linguistics, 5, 161-169. 5. Corder, S, P. (1981). Error analysis and interlanguage. London: Oxford University Press. 6. Corder, S, P. (1983). Strategies of Communication. In C. Faerch & G. Kasper (Eds). Strategies in interlanguage Communication. London: Longman. 7. Corder, S, P. (1983). Strategies of Communication. In C. Faerch & G. Kasper (Eds). Strategies in interlanguage Communication. London: Longman. 8. Dulay, H.C., Burt, M. & Krashen, S. (1982). Language two. New York: Oxford University Press. 9. Erdogan, V. (2005). Contribution of error analysis to foreign language teaching. Mersin University Journal of the Faculty of Education. 2, 261-270. 10. Erwin -Tripp, S.W. (1978). Is second language learning like the first? dlm Second Language Acquisition, E.M. Hatch (ed), Rowley Mass: Newbury House. 11. Gardner, R. C & Lambert, W.E. (1972). Attitudes & motivation in second language learning. Rowley, M.A: Newbury House Publisher. 12. Hazlina Abdul Halim & Mohd Azidan Abdul Jabar. (2011). Kesilapan penambahan dan pengurangan pemerolehan gender gramatikal dalam kalangan pelajar bahasa Perancis dlm Lingua 3. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 13. Lado. R. (1957). Language across culture: Applied linguistics for English teachers. Ann Arbor: Chicago of Michigan Press. 14. Littlewood, W. (1984). Foreign and second language learning. Language acquisition research and its complications for the classroom. Cambrigde: Cambridge University Press. 15. Radhiah Ismail. (2004). Penguasaan kata ganti nama diri bahasa Sepanyol di kalangan pelajar Melayu. MA Thesis, Universiti Malaya. 16. Roshidah Hassan. (2010). Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Satu analisis kontrastif dan analisis kesilapan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 17. Salina Husain. (2010). Penggunaan konjugasi kata kerja Bahasa Sepanyol dan perbandingannya dengan Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra Malaysia. 18. Salina Husain. (2011). Kata kerja Estar dan bandingannya dengan bahasa Melayu dlm Lingua 3. Penerbit Universiti Putra Malaysia. 19. Surridge, M. (1985). Le genre grammatical des composés en francais. CJL 1985; 30:247-72.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.