UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ila Husna Mohd Ali
Title :Persekitaran pembelajaran maya (VLE Frog) : penilaian kendiri guru Matematik sekolah rendah (IR)
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2015
Notes :masters
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha melengkapkan sekolah-sekolah dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi, dan pengurusan pentadbiran dijalankan di internet melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE Frog). Guru di sekolah rendah tidak terkecuali daripada menerima dan menggunakan kemudahan platform ini. Walaupun VLE Frog telah mula diperkenalkan pada tahun 2012, namun pengimplementasiannya masih tidak menyeluruh khususnya dalam PdP matematik. Tujuan kajian ini adalah untuk menilai sejauh mana elemen-elemen konteks, input, dan proses mempengaruhi produk iaitu tahap penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Kajian ini dijalankan untuk melihat penilaian kendiri guru matematik terhadap VLE Frog di Daerah Manjung, Perak yang melibatkan 120 responden dengan menggunakan Model CIPP yang telah disesuaikan dengan isu kajian. Selain itu, ia bertujuan mengenalpasti usaha bagi meningkatkan penggunaan VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penilaian kendiri guru matematik dilihat melalui kaedah tinjauan yang menggunakan instrumen soal selidik rubrik dua lapis. Dalam kajian ini, analisis deskriptif dan inferensi dilaksanakan selain pembentukan terna ke atas satu soalan terbuka. Hasil kajian mendapati penilaian kendiri guru dalam konteks, input, dan proses pelaksanaan VLE Frog masih kurang memberangsangkan dan belum mencapai matlamat yang diharapkan di mana tahap penggunaan dan kesesuaian VLE Frog yang masih rendah dalam penilaian produk. Implikasinya, didapati penilaian kendiri guru matematik terhadap VLE Frog dalam penilaian konteks, input, proses dan produk Model CIPP masih memerlukan penambahbaikan. Ini kerana kajian ini memfokuskan kepada pengumpulan maklumat yang bertujuan untuk membuat keputusan selain dijadikan panduan untuk memantapkan lagi platform pembelajaran maya ini sarna ada di peringkat perancangan, penyusunan, pelaksanaan, dan penghasilan agar penambahbaikan secara berterusan dapat dilaksankan. Kajian juga mendapati, guru-guru tidak menafikan bahawa penggunaan VLE Frog dalam PdP matematik mampu memberi impak yang positif terhadap guru dan murid. Analisis inferensi pula menunjukkan penilaian kendiri guru matematik adalah sarna mengikut jantina dan umur tetapi tidak pada sarna mengikut lokasi. Bagi meningkatkan penggunaan VLE Frog, beberapa isu telah disentuh iaitu peningkatan kualiti capaian internet dari segi kelajuan, kestabilan, dan liputan rangkaian, menyediakan kursus penggunaan VLE Frog secara meluas dan berkesan, dan meningkatkan perkhidmatan sokongan dari segi perancangan, pemantauan dan ganjaran dari pihak pentadbir.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)