UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Terenang merupakan antara produk tembikar tradisional tempatan di Semenanjung Malaysia selain daripada Labu Sayong dan tembikar Mambong. Kegiatan penghasilan Terenang berpusat di Kampung Pasir Durian dan Temin Kraf di daerah Jerantut, Pahang. Seiring dengan kemajuan hari ini, pembuatan tembikar tradisional juga mengalami perubahan dari sudut penggunaan teknologi seperti yang berlaku pada penghasilan Labu Sayong di Perak. Penggunaan teknologi moden dalam proses pembuatan sangat membantu dalam melestarikan kegiatan ini daripada pupus dalam arus kemajuan. Namun persoalannya adakah kegiatan penghasilan tembikar Terenang turut sama mengunakan teknologi moden di dalam proses pengeluaran. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif yang merakam secara deskriptif melalui kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen ke atas proses penghasilan Terenang di Temin Kraf. Data-data yang diperolehi telah dianalisis dengan mengkategorikan ia berdasarkan tema-tema yang telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan terdapat penggunaan teknologi moden pada kegiatan pembuatan tembikar tradisional Terenang. Ini dapat diperhatikan pada proses bahan utama, proses pembuatan, proses dekorasi, dan kaedah pembakaran. Usaha Temin Kraf yang memanfaatkan penggunaan teknologi moden merupakan satu langkah yang membawa kegiatan ini ke satu tahap baharu yang dapat mempelbagaikan jenis dan reka bentuk Terenang serta menambahkan jumlah pengeluaran yang dapat dilakukan dengan segera. Bagaimanapun kajian ini menyarankan perlunya suatu usaha yang proaktif dan drastik diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan bahawa warisan ini akan terus dilestarikan untuk dihayati oleh generasi akan datang. |
References |
1. Abdul Rahim Jalil, Oskar Hasdinor Hassan, Norhidayah Md Zainuddin, Hamdzun Haron. (2012). Alternative techniques of blackening labu sayong. Jurnal Teknologi. Johor: Penerbit UTM.
2. Azmi Arifin, Muhamad Luthfi Abdul Rahman & Tarmiji Masron. (2010). Warisan tembikar labu sayong di Kuala Kangsar, Perak. Sejarah, perkembangan dan masa depan. Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation. Bangi: UKM.
3. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu. (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
4. Enoch, O. F. (2012). The act of mass production in Kelantan traditional pottery, Malaysia. The International Institute for Science, Technology and Education (IISTE). 3: 18-26.
5. Glosari Budaya Malaysia: Seni Tembikar. (1992): Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
6. Hamdzun Harun, Narimah Abd. Mutalib. (2012). Aspek estetika labu acu malim. Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara. Bangi: UKM.
7. Hamdzun Harun, Narimah Abd. Mutalib. (2013). Technology and production process of Malay traditional heritage pottery in Malaysia. Jurnal Teknologi. Bangi: UKM.
8. Hamdzun Haron, Nor Afian Yusof, Liza Marziana Mohammad Noh, Narimah Abd Mutalib. (2013). Technology and production process of Malay traditional heritage pottery. Jurnal Teknologi. 20: hlm 85-88.
9. Hamdzun Haron. (2013). Akal rekaan pandai seni warisan Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
10. Mohd Kamaruzaman A. Rahman. (1997). Hoabinh di Pahang dalam pembangunan arkeologi pelancongan Negeri Pahang. Pekan Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang.
11. H. N. Evans. (1922). The potting industry at Kuala Tembeling. F.M.S 9(4), 259-262.
12. Ibrahim Darus, Shahaimi Abdul Manaf. (2005). Tembikar tradisional. Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.
13. Nurul Izzah Mohd Johari. (2011). Seni tembikar tradisional Terenang Pahang tradisi dan perubahannya. Tesis Sarjana. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
14. Salwa Ayob. (2011). Kesinambungan perubahan pemerian jasad dan rupa tembikar pra sejarah kepada tembikar tradisi Melayu. Pulau Pinang: Penerbit USM.
15. Syed Ahmad Jamal. (1997). Rupa dan jiwa. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
16. Tjetjep Rohendi Rohidi, Abdul Halim Husain. (2015). Metodologi penyelidikan seni. Tanjong Malim: Penerbitan Malim Sarjana.
17. Tajul Shuhaizam Said, Harozila Ramli, Mohd Fauzi Sedon. (2011). Local genius of mambong pottery in Kelantan, Malaysia. International Journal of Humanities and Social Science, 1(21): 147-155.
18. Zahirah Harun, Nor Nazida Awang, Hamidi Abdul Hadi dan Asyaari Muhammad. (2015). The characterization of Kuala Tembeling Clay Pottery: Form and Cultural Function.
19. Zahirah Harun. (2016). Keindahan tembikar Melayu tradisional Kampung Pasir Durian. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
20. Zainal Zakaria, Oskar Hasdinor Hassan. (2006). Pembangunan jasad terracotta bagi pengusahaan seramik di negeri Pahang. Selangor: UiTM.
21. Zainal Arifin Ahmad, Abdul Rashid Jamaludin, Muhammad Azwadi Sulaiman. (2014). Seni tembikar. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.
22. Zakaria Ali. (1989). Seni dan seniman esei-esei seni halus. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |