UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Aktiviti pelancongan dalam kalangan pelancong tempatan lebih tertumpu kepada perjalanan dalam negara iaitu pelancongan domestik. Masyarakat yang tertekan dengan beban kerja rutin, membuat pilihan untuk melibatkan diri dalam tempoh percutian yang singkat iaitu meluangkan cuti hujung minggu dengan mengunjungi bandar utama seperti Johor Bahru yang mempunyai daya tarikan produk pelancongan bandar. Artikel ini berkaitan dengan pelancong domestik yang mengunjungi pusat-pusat pelancongan bandar dalam Johor Bahru seperti Danga Bay, Stulang Laut dan Plaza Angsana. Apabila pelancong domestik sanggup untuk membuat perjalanan ke bandar Johor Bahru untuk menghabiskan cuti hujung minggu di pusat-pusat pelancongan yang terkenal, maka wujud persoalan sejauh mana pusat-pusat pelancongan tersebut dapat menampung jumlah pelancong domestik yang ramai pada suatu masa tertentu. Artikel ini bertujuan mengukur tahap keupayaan daya tampung fizikal bagi Plaza Angsana, Stulang Laut dan Danga Bay yang merupakan antara pusat pelancongan bandar yang terkenal di Johor Bahru. Data primer diperoleh melalui soal selidik dan pemerhatian peserta. Seramai 367 orang pelancong domestik yang membuat kunjungan di pusat pelancongan di Danga Bay, Stulang Laut dan Plaza Angsana pada cuti hujung minggu dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa ketiga-tiga pusat pelancongan bandar ini tidak mempunyai masalah untuk menampung jumlah pelancong yang berkunjung ke pusat pelancongan tersebut pada cuti hujung minggu. Namun, pusat pelancongan bandar ini mengalami kekurangan dari segi nilai atribut tempat sehingga gagal untuk menarik kedatangan pelancong. Maka strategi pemasaran yang efektif perlu dilaksanakan agar tiga pusat pelancongan bandar ini mampu bertahan walaupun menghadapi persaingan yang sengit dari pusat pelancongan lain di Johor Bahru. |
References |
1. Ashworth, G.J. (1992). Is there an urban tourism? Tourism Recreation Research, 17(12), 3-8.
2. Azizul Ahmad, Mohd Fauzi, Norhasimah Ismail & Tarmiji Marson. (2013). Ke arah pelancongan lebih baik pelaksanaan konsep keupayaan daya tampung pelancongan: Satu tinjauan awal. Dalam Wan Mohd Muhiyuddin Wan Ibrahim, Zullyadini, Jabil Mapjabil, Norizan Md. Nor, Zikri Mohamad & Ruslan Rainis (Eds.), Masyarakat, Ruang dan Alam Sekitar. 115-126. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
3. Ceballos-Lascurain, H. (1996). Tourism, Ecotourism and Protected Areas: The state of nature-based tourism around the world and guidelines for its development. IUCN, Gland, Switzerland and Cambridge, UK.
4. Coccossis, Harry & Mexa, Alexandra. (2004). The challenge of tourism carrying capacity assessment: Theory and practice. England: Ashgate Publishing Limited.
5. Gabriela, Tigu & Elen, T.C. (2007). Applying the concept of integrated quality management in Romanian coastal tourism. The Journal of the Faculty of Economics, 1(1), 1232-1237.
6. Guirong Xiao. (2007). Urban tourism: Global-local relationships in Dalian, China. (Tesis PhD). University of Waterloo.
7. Johan Afendi Ibrahim & Mohamad Zaki Ahmad. (2010). Perancangan dan pembangunan pelancongan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.
8. Jansen-Verbeke, M. (1986). Inner-city tourism: Resources, tourists and promoters. Annals of Tourism Research,13(1), 79-100.
9. King, Brian E.M & Jago, Leo K. (2003). A tale of two cities: Urban tourism development and major events in Australia. Australia: Centre for Hospitality and Tourism Research, Victoria University.
10. Krejcie, Roberb V. & Morgan, Daryle W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.
11. Law, Christopher M. (2002). Urban tourism: The visitor economy and the growth of larger cities. Great Britain: Cromwell Press.
12. Massiani, Jerome & Santoro, Giovanni. (2012). The relevance of the concept of capacity for the management of a tourist destination: Theory and application to tourism management in Venice. Rivista Italiana di Economia Demografia e Statistica, 2(1), 141-156.
13. Mathieson, A. & Wall, G. (1982). Tourism: Economic, physical and social impacts. Singapura: Longman Singapore Publishers Limited.
14. Middleton, V.C. & Hawkins, R. (1998). Sustainable tourism: A marketing perspective. Butterworth: Oxford.
15. Norizan Md. Nor. (2012). Pelancongan bandar & pembangunan: Pengalaman di Kyoto Jepun dan kerelevanannya kepada Malaysia. Dalam Jabil Mapjabil dan Kadir Din, Pelancongan di Malaysia: Isu-isu penyelidikan terpilih (101-108). Sintok: UUM Press.
16. Nurzeti Abdul Rahman, Hasniza Abdullah & Nurul Huda Hashim. (2009). Tipologi pengunjung/pelancong domestik bagi sebuah destinasi pelancongan bandar: Kajian kes Bandar Melaka. (Monograf). Travel and State Tourism. Shah Alam: UITM.
17. NYC & Company. (2012). New York City tourism: A model for success. New York: New York City & Company.
18. Popescu, R. I. & Corbos, R. A. (2010). The role of urban tourism in the strategical development of Brasov area. Dalam Theoretical and Empirical Researches in Urban Management, 16(7), 69-85.
19. UNWTO. (2002). Global report on city tourism- Cities 2012 project. Spain: World Tourism Organization.
20. World Tourism Organization. (1981). Saturation of tourist destinations. Report of the secretary general, Madrid. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |