UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GF Human ecology. Anthropogeography
ISSN :2289-4470
Main Author :Malek Nor Malina, Samsurijan Mohamad Shaharudin, Khoo Suet Leng, S. Gopal Parthiban, Hamat Zahri,
Title :Kemampuan memiliki rumah dalam kalangan keluarga bandar di Malaysia
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Bandar sering dilihat sebagai sebuah habitat yang menjadi tumpuan dan sesuai untuk didiami bagi memperoleh tahap kualiti hidup yang baik. Kualiti hidup yang baik di bandar tidak hanya diukur menerusi kemudahan dan infrastruktur yang tersedia, sebaliknya turut melibatkan keupayaan memiliki rumah dalam kalangan keluarga di bandar. Hal ini disebabkan rumah merupakan kemudahan asas yang menjadi petunjuk utama dalam menilai tahap keupayaan dan kualiti hidup penduduk dan keluarga di bandar. Walau bagaimanapun, pembangunan pesat dalam persekitaran bandar ketika ini telah memberi kesan langsung kepada keluarga di bandar untuk memiliki rumah sendiri. Sungguhpun kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha untuk meningkatkan tahap pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat di negara ini, namun isu perumahan masih lagi menjadi perdebatan oleh ramai pihak. Peningkatan harga untuk semua jenis rumah dari tahun 2010 sehingga Mac 2015 dilaporkan telah melebihi 30 peratus. Hal ini dikhuatiri boleh menyebabkan kewujudan kelompok baru miskin bandar. Berdasarkan kajian literatur, terdapat beberapa isu perumahan dalam kalangan keluarga bandar di Malaysia terutamanya golongan miskin serta yang berpendapatan rendah dan sederhana dalam memiliki rumah sendiri. Sorotan penulisan dan hasil penyelidikan lepas mendedahkan isu kemampuan memiliki rumah berkait rapat dengan faktor pendapatan isi rumah, perbelanjaan isi rumah serta kemudahan pembiayaan perumahan. Manakala peningkatan kos sara hidup, peningkatan harga bahan binaan serta tanah di bandar telah mengakibatkan isu kemampuan memiliki rumah menjadi semakin kompleks. Artikel ini menghujahkan bahawa kemampuan keluarga di bandar memiliki rumah dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan memberi impak terhadap kesejahteraan keluarga serta menyumbang kepada kemunculan kelompok miskin bandar yang baharu. Oleh itu, hasil kupasan artikel ini yang dilakukan menerusi penelitian sorotan karya lepas dapat membantu ke arah pelaksanaan satu kajian komprehensif yang melihat isu ini dari pelbagai aspek khususnya dalam konteks masyarakat bandar di negara ini. Hasil kajian yang dicadangkan ini mampu menyumbang ke arah pembentukan dasar perumahan yang lebih efektif dan inklusif.

References
1. Ahmad, A., Mohd Razali, A., Hasmah, A.Z. & Mohd Firdaus, M. (2005). Isu dan masalah pemilikan rumah bumiputra di bandar: Satu penilaian ke atas pencapaian peraturan kuota lot bumiputra di daerah Johor Bahru. Real Estate Educators and Researchers Association (REER). (Tidak diterbitkan). 2. Bank Negara. (2012). Perkembangan dalam pasaran rumah dan implikasinya dalam kestabilan kewangan. Laporan Perkembangan Risiko dan Penilaian Kestabilan Kewangan 2012. Kuala Lumpur. Bank Negara Malaysia, 51-57. 3. Chant.S. (2012). Gender and urban housing in the global south. International Encyclopedia of Housing and Home, 255-263. 4. Hasmah, A. Z., Ahmad Ariffian, B. & Mohd Firdaus, M. (2012). Kesan pembangunan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUITTHO) terhadap keperluan perumahan kakitangan: Kajian kes Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Jabatan Pengurusan Hartanah, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, UTM. (Edaran dalaman). 5. Jonathan Woetzel, Sangeeth Ram, Jan Mischke, Nicklas Garemo & Shirish Sankhe. (2014). A blueprint for addressing the global affordability housing challenge. McKinsey Global Institute. McKinsey & Company. 6. Majlis Profesor Negara. (2014). Kongres perumahan negara “kemampuan, kualiti dan kesejahteraan”. www.majlisprofesor.gov.my/imagesperatus20kertascadangan.pdf [Diakses pada 30 Mac 2015]. 7. Malaysia. (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh. Unit Perancang Ekonomi. 8. Malaysia. (2013a). Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia. Unit Perancang Ekonomi. 9. Malaysia. (2013b). Statistik Sosio Ekonomi. Unit Perancang Ekonomi. 10. Malaysia. (2015a). Rancangan Malaysia Kesebelas. Unit Perancang Ekonomi. 11. Malaysia. (2015b). Jadual data indeks harga rumah Malaysia. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta. 12. Massam, B. H. (2002). Quality of life: Public planning and private living. Progress in Planning, 58, 141-227. 13. Md. Manjur, M. (2014). Illegality of private subdivision and access to land for housing by the urban poor in Dhaka. Habitat International, 44, 386-393. 14. Michelle, W., Turnham, J. & Mills, G. (2008). Housing Affordability and Family Well-Being: Results from the Housing Voucher Evaluation. Housing Policy Debate, 19(2), 367-412. 15. Mulliner, M., Smallbone, K & Maliene, V. (2013). An assessment of sustainable housing affordability using a multiple criteria decision making method. Omega, 41, 270-279. 16. Nik Asmawi, H., Yazid, S., Mohmadisa, H. Mohamad Suhaily Yusri, C.N., Nasir, N. & Hanifah, M. (2015). Small town competitiveness: A study for the aspect of population perception in the Tanjong Malim Districts Council. Geografi, 3(2), 45 – 61. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=9119674e-88e8-47f0-af14-a2a0cc19db90.pdf. 17. Nor Malina, M. & Azrina, H. (2012). Pemilikan rumah dalam kalangan masyarakat bandar berpendapatan sederhana dan rendah di Malaysia. Sosiohumanika, 5(2), 269-284. 18. Nor Rasidah, H. (2014). Land use history and secondary forest creation in Negeri Sembilan (late 19th- early 21st century). Geografi, 2(2), 80-95. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3286ea37-8be9-46ed-9a95-33cf79efe889.pdf. 19. Parthiban S. G. & Nor Malina, M. (2014). Breaking away from the cycle of poverty: The case of Malaysian poor. The Social Science Journal, 52(1), 34-39. 20. PR1MA. (2014). Portal PR1MA “Rumahku, Komunitiku”. www.pr1ma.my/about.php?lang=bm, [Diakses pada 2 April 2015]. 21. Sandra J. N. & Scott, C.H. (2014). Housing affordability and investment in children. Journal of Housing Economics, 24, 89-100. 22. Suhaida M.S., Tawil N.M., Hamzah N., Che-Ani A.I., Basri H. & Yuzainee M.Y. (2011). Housing affordability: A conceptual overview for House Price Index. Procedia Engineering, 20, 346-353. 23. Wenjie Cai & Xinhai Lu. (2015). Housing affordability: Beyond the income and price terms, using China as a case study. Habitat International, 47, 169-175. 24. Yazid, S., Hanifah, M., Mohmadisa, H. & Nasir, N. (2015). Small towns sustainability in Bernam Valley from human welfare perspectives. Geografi, 3(2), 28 – 36. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=daa89061-a35e-40ee-be1c-0b26815144eb.pdf. 25. Zarina, M. Z. (2012). Housing issues: A study of Hulu Selangor District Council. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 42, 320-328.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.