UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Sektor tanaman kelapa sawit di Sarawak berkembang pesat sejak dua dekad kebelakangan ini. Ini terbukti dengan perluasan kawasan penanaman yang semakin meningkat saban tahun. Pada tahun 2011, keluasan tanaman kelapa sawit di Sarawak adalah sebanyak 1, 021 587 hektar meningkat kepada 1, 439 359 hektar pada tahun 2015. Keluasan kawasan tanah yang masih banyak belum diterokai di Sarawak telah mendorong pihak kerajaan untuk membangunkan kawasan tersebut dengan tanaman kelapa sawit bagi meningkatkan sosioekonomi penduduk pedalaman. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah menggalakkan penglibatan pekebun kecil dalam mengusahakan tanaman kelapa sawit. Kajian dijalankan di Kampung Sungai Bawang, Sibu dan Sungai Saeh, Miri bertujuan untuk mengenalpasti bentuk penglibatan pekebun kecil dalam sektor tanaman kelapa sawit dan isu yang timbul serta cabaran yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif. Seramai sembilan orang pekebun kecil sawit ditemubual secara terbuka. Hasil kajian mendapati, pekebun kecil terlibat secara bebas sepenuh masa dan separuh masa dalam mengusahakan tanaman kelapa sawit. Kajian juga mendapati wujud isu sosial dan alam sekitar serta terdapat cabaran utama yang dihadapi oleh pekebun kecil seperti meningkatkan kesampaian kepada kemudahan infrastruktur, mendapatkan modal dan kekurangan tenaga buruh. Kajian ini penting dijalankan bagi mendedahkan apakah bentuk penglibatan pekebun kecil dalam sektor tanaman kelapa sawit yang dianggap sebagai pertanian baru seterusnya dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka. |
References |
1. Ahmad, A. A., Zaimah, D., & Mohd, N. Mamat. (2012). Senorio masa hadapan pasaran dan pemasaran industri minyak sawit Malaysia ke arah perancangan strategik dalam peningkatan daya saing global. Kertas kerja dibentangkan pada 4-6 Jun, di Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VII (PERKEM VII), Tranformasi Ekonomi dan Sosial ke Arah Negara Maju, Ipoh, Perak, Malaysia.
2. Aki, Er., & Chamhuri, S. (2015). Penanaman sawit lestari dan impak sosioekonomi. Journal of Social Science and Humanities, 10 (1), 57-80.
3. Azima, A. M., Syafiq, A. K., Sarmila, M. S., N, Lyndon., Zaimah, R., Suhana, S. & Mohd Fuad, M. J. (2015). Sempadan dan pertikaian pemilikan tanah adat di Sarawak. Malaysian Journal of Society and Space, 11 (7), 92-103.
4. Calcaterra, E. & Aidenvironment. (2013). Defining smallholders: Suggestions for a RSB smallholder definitions. Switzerland: Ecole Polytechnique Federale de Lausanne.
5. Cramb, R. A. (2011). Re-Inventing dualism: Policy narratives and Modes of Oil Palm Expansion in Sarawak, Malaysia. Journal of Development Studies, 47 (2), 274-293.
6. Cramb, R. A. (2013). Palmed off: incentive problems with joint-venture schemes for oil palm development on customary land. World Development, 43, 84-99.
7. Cramb, R. A., & Ferraro, D. (2012). Custom and capital: A financial appraisal of alternative arrangements for large-scale oil palm development on customary land in Sarawak, Malaysia. Malaysian Journal of Economic Studies, 49 (1), 49-69.
8. Colchester, M., & Chao, S. (2011). Oil palm expansion in South East Asia: Trends and implications for local communities and indigenous people. England: Forest People Programe & Perkumpulan Sawit Watch.
9. Colchester, M., Pang, W. A., Chuo, W. M., & Thomas, J. (2008). Tanah menyara hidup: Hak-hak tanah dan pengembangan perladangan kelapa sawit di Sarawak. England: Forest People Programme dan Perkumpulan Sawit Watch.
10. Economics & Industry Development Division, MPOB. (2016). Statistics of oil palm planted area. Dicapai daripada http://bepi.mpob.gov.my/index.php/en/statistics/area.html.
11. H. Sukamto. (2008). 58 cara tingkatkan produktiviti dan kualiti kelapa sawit. Kuala Lumpur: Synergy Media.
12. Lembaga Minyak Sawit (MPOB) Sibu. (2016). Nisbah bilangan peniaga buah sawit. Dicapai daripada https://docs.askiven.com/mpob-sibu-sarawak.html.
13. Madeline, H. Luyan & Gaim, J. L. (2016). Konflik hak tanah adat (Native Customary Right) Kampung Imahit Tenom, Sabah. Geografi, 4(1), 69-79. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=d1323e13-2921-476e-a0df-e47818dcc516.pdf.
14. Majid, C. (2006). Asia-Pacific environment monograph 1: State, communities and forests in contemporary Borneo. Australia: ANU E Press.
15. Mohammad Zohir, A & Noorazlina, S. (2016). Pengetahuan tentang kearifan tempatan berkait alam sekitar dalam kalangan guru geografi. Geografi, 4 (2), 1-8. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=3c20b8fb-846c-43c9-b3d8-540b28548ee7.pdf.
16. Mohd Syafiq Othman. (2009). Tahap penggunaan teknologi mekanikal (JENTERA) oleh petani-petani kaum etnik di kawasan Siburan, Sarawak. Universiti Teknologi Malaysia. Latihan Ilmiah.
17. Nik Hashim, M. (1992). Pelaburan komoditi utama getah-kelapa sawit dalam rancangan FELDA: Satu penilaian. Jurnal Ekonomi Malaysia, 26 (12), 47-66.
18. Lembaga Pendaftaran dan Pelesenan Minyak Kelapa Sawit (PORLA). (1997). Industri kelapa sawit di Malaysia. Malaysia: Kementerian Perusahaan Utama Malaysia.
19. Sayer, J., Ghazoul, J., Nelson, P. & Boedhihartono, A. K. (2012). Oil palm xxpansion transforms tropical landscapes and livelihoods. Global Food Security, 1, 114-119.
20. Smallholder Proposal Honduras. (2013). Definitions of smallholders and proposal on adapting the group certification system in Honduras. Adoption of the international RSPO criteria as the national interpretation of Honduras. Diperoleh daripada http://www.rspo.org/file/PDF/ honduras/smallholder_Proposal_Honduras_v1_2.pdf.
21. Sumayyah, M. Najib & Zullyadini, A. R. (2016). Analisis perubahan gunatanah di daerah Barat Daya, Pulau Pinang. Geografi, 4(1), 43-55. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=d0e3c901-86ae-4d2e-807c-49b55d8130fb.pdf.
22. Tarigan, A., Ardinata, Daulay, S., Bahri & Munir, A., Putra. (2013). Rancang bangun alat pemotong pelepah kelapa sawit mekanis. Keteknikan Pertanian. J. Rekayasan Pangan dan Pertanian, 1 (4), 111-116.
23. Usahawan. (2016). Keusahawanan. industri sawit di Malaysia. Dicapai daripada http://www.usahawan.com/umum/industri-sawit-di-malaysia.html.
24. Wan Azwati, Mohamed. (1 Januari, 2011). Berita Sawit: MPOB menjana perubahan industri sawit. Industri sawit dijangka capai pendapatan RM178 bilion pada 2020. Berita Harian. Dicapai daripada http://www.mpob.gov.my/images/stories/pdf/Berita_Sawit/2011/2011_BS_Jan.pdf.
25. Yaap, B., Matthew, J. S., Gary, P. & Koh, L. P. (2010). Mitigating the biodiversity impacts of oil palm development. Perspectives in Agriculture, Veterinary Science, Nutrition and Nature Resources, 5 (19), 1-11.
26. Yong, C. & Pang, W. A. (2015). Gender impact of large-scale deforestation and oil palm plantations among indigenous groups In Sarawak, Malaysia. Dlm. K. Kusakabe, et al (Eds.), Gender and Land Tenure in the Context of Disaster in Asia (pp. 15-31) . London: Springer International Publishing.
Temu Bual
27. Jackie Apol. Temubual, 46 tahun. Kampung Sungai Saeh Putih, Niah, Miri. Pekebun Kecil Sawit. (26 November 2016).
28. Lambai Apol. Temubual, 59 tahun. Kampung Sungai Saeh Putih, Niah, Miri. Pekebun Kecil Sawit. (26 November 2016).
29. Lila Bantan. Temubual, 43 tahun. Kampung Sungai Saeh Putih, Niah, Miri. Pekebun Kecil Sawit. (26 November 2016).
30. Lingkan Dandi. Temubual, 48 tahun. Kampung Sungai Saeh Putih, Niah, Miri. Pekebun Kecil Sawit. (26 November 2016).
31. Lipu. Temubual, 73 tahun. Kampung Sungai Bawang Selangau, Sibu. Pekebun Kecil Sawit. (19 November 2016).
32. Nita. Temubual, 52 tahun. Kampung Sungai Bawang Selangau, Sibu. Pekebun Kecil Sawit. (19 November 2016).
33. Runi. Temubual, 47 tahun. Kampung Sungai Bawang Selangau, Sibu. Pekebun Kecil Sawit. (19 November 2016).
34. Ula Juan. Temubual, 59 tahun. Kampung Sungai Bawang Selangau, Sibu. Pekebun Kecil Sawit. (19 November 2016).
35. Unting Ibong. Temubual, 47 tahun. Kampung Sungai Bawang Selangau, Sibu. Pekebun Kecil Sawit. (19 November 2016). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |