UPSI Digital Repository (UDRep)

Ciri-ciri Antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun MSSPK

AVAILABLE Thesis 1022 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Ciri-ciri Antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun MSSPK
Type
Thesis
Main Author
Mohd Redzuan Amat
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan ciri-ciri antropometri dan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak bawah 12 dan 15 tahun Majlis Sukan Sekolah Perak (MSSPK). Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 252 orang peserta, iaitu 126 orang pemain bawah 12 tahun dan 126 orang pemain bawah 15 tahun. Pengukuran antropometri melibatkan tinggi, berat badan, tinggi duduk, panjang kaki, panjang depa dan lipatan kulit (triceps dan gastrocnemius). Tahap kematangan fizikal pemain dianggar menggunakan kaedah tidak invasif dan praktikal bagi meramal umur pada halaju ketinggian puncak (PHV) bagi mengukur ambang kematangan berdasarkan pemboleh ubah antropometri. Analisis statistik deskriptif ditunjukkan bagi ciri-ciri antropometri. Ujian t tidak bersandar digunakan bagi membuat perbandingan antara pasukan yang layak ke peringkat akhir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri antropometri antara pasukan yang berjaya dengan tidak berjaya ke peringkat akhir perlawanan. Kajian mencadangkan para jurulatih perlu merangka program latihan yang sistematik selaras dengan tahap kematangan fizikal pemain bola sepak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.