UPSI Digital Repository (UDRep)

Pengaruh pendapatan purata isi rumah dan pemboleh ubah ekonomi terhadap keseimbangan pendapatan negeri-negeri di Malaysia

AVAILABLE Thesis 1265 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pengaruh pendapatan purata isi rumah dan pemboleh ubah ekonomi terhadap keseimbangan pendapatan negeri-negeri di Malaysia
Type
Thesis
Main Author
Nasuha Mokhtar
Subject
HC Economic History and Conditions
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of publication
2017
Notes
masters
Degree Type
Masters
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh antara pendapatan purata isi rumah dan pemboleh ubah ekonomi terhadap keseimbangan pendapatan negeri-negeri di Malaysia. Kajian ini menggunakan data siri masa melibatkan 14 buah negeri di Malaysia dari tahun 1970 hingga tahun 2014 yang dianggar dengan kaedah regresi kuasa dua terkecil. Regresi ini dilaksana menggunakan model Kuznet (1955) berbantukan rumus Taguchi (2012) dan Tam (2008) bagi mengetahui nilai ambang pendapatan. Nilai ambang ini digunakan untuk mengenal pasti tahap pendapatan purata semasa negeri-negeri di Malaysia berbanding nilai ambang. Empat pemboleh ubah bebas digunakan dalam kajian ini iaitu pendapatan purata isi rumah (PPIR), indeks harga pengguna (IHP), nisbah pendidikan tertier (NPT) dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), manakala pemboleh ubah bersandar iaitu keseimbangan pendapatan pula diproksi kepada pemboleh ubah pekali gini (GN). Hasil analisis mendapati pemboleh ubah PPIR dan NPT mempengaruhi secara positif kepada pemboleh ubah GN, manakala pemboleh ubah IHP dan KDNK pula mempengaruhi secara negatif. Analisis nilai am bang menggunakan model Kuznet pula menunjukkan kebanyakan negeri di Malaysia telah melepasi nilai ambang. Pendapatan purata yang melepasi nilai ambang ini menunjukkan bahawa pendapatan purata semasa yang diterima oleh negeri-negeri di Malaysia adalah mencukupi. Pencapaian ini menunjukkan usaha ekonomi yang dilaksanakan secara berterusan pada peringkat negeri dan negara bertujuan untuk meningkatkan pendapatan isi rumah berupaya untuk merapatkan jurang ketidakseimbangan dalam pengagihan pendapatan. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa usaha pihak kerajaan untuk mengembangkan ekonomi negara melalui pelbagai dasar telah berjaya untuk mencapai objektif dan perlu dipertingkat pada masa depan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.