UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GE Environmental Sciences
ISSN :2289-4470
Main Author :Sakawi Zaini, Abd Rahman Abdul Raouf, Ayup Sofia,
Title :Keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas akta 72: kajian di Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor (IR)
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017
PDF Full Text :Login required to access this item.

Full Text :
Pengurusan sisa dan pembersihan awam di Malaysia merupakan isu alam sekitar yang kronik memerlukan pendekatan bersepadu bagi memastikan kelestarian persekitaran. Kepelbagaian masalah dan pendekatan telah dilaksanakan tetapi peningkatan sisa dan tahap kebersihan awam masih tidak mencapai kepuasan yang diharapkan. Langkah Kerajaan Malaysia mewartakan akta khusus iaitu Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Akta 672) pada tahun 2007 merupakan tindakan yang tepat bagi mengatasi isu sisa pepejal dan pembersihan awam di Malaysia. Umumnya, kajian ini cuba melihat sejauhmana pelaksanaan akta ini memberi impak yang positif bagi mengatasi masalah sisa pepejal dan pembersihan awam. Bagi mencapai hasrat ini, satu kajian telah dilakukan di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang bertujuan mengenalpasti keberkesanaan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam selepas pelaksanaan Akta 672. Selain itu, kajian juga bertujuan menilai tahap kesedaran dan persepsi masyarakat dalam pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di kawasan kajian. Sejumlah 100 soal selidik digunakan melalui pensampelan rawak mudah dalam kalangan penduduk di kawasan kediaman terpilih. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat setempat mempunyai kesedaran yang tinggi berkaitan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam. Walau bagaimanapun kesedaran ini tidak memberi impak ke atas keberkesanan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam kerana wujud kekangan yang membatasi keberkesanan pelaksanaan Akta 672 tersebut.

References
1. Alakasia, P. (2016). Keberkesanan pengurusan pembersihan awam di Lembaga Perbandaran Kudat. Latihan Ilmiah Program Geografi, UKM Bangi yang tidak diterbitkan. 2. Aslina, I. & Haliza, A. R. (2015). Pengetahuan dan amalan pengurusan sisa pepejal dalam kalangan masyarakat di Taman Mesra dan Taman Bakti Kota Bharu, Kelantan. Geografi. 3(2), 14-27. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=ab6cf257-0f1d-4223-bf0a-7b324b0c337f.pdf 3. Kerajaan Malaysia. (2007). Akta pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam (Akta 672). Kuala Lumpur: Penerbit Kerajaan Malaysia. 4. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). (2002a). Garis panduan buangan sisa pepejal. Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 5. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). (2002b). Pelan tindakan negara bagi pengurusan sisa pepejal. Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 6. Mohd. Tahir, M., Ubong, I., Aliakbar, G., Nordin, S. & Abdul Hair, B. A. (2017). Elemen kitar semula kea rah pelupusan mapan di Malaysia: Satu penelitian di tapak Pelupusan Kayu Madang, Dewan Bandaraya Kota KInabalu, Sabah. Geografi, 5(1), 26-37. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=21524a00-945f-441b-b7e7-9930755fa4ed.pdf 7. Muhamad Azahar, A., Seow, T. W. (2014). The issues of policy implementation on solid waste management in Malaysia. International Journal of Conceptions on Management and Social Sciences. 2(3), 2357-2787. 8. Noor Asmak, A. W. (2016). Keberkesanan pengurusan pembersihan awam di Kuala Terengganu. Latihan Ilmiah Program Geografi, UKM Bangi yang tidak diterbitkan. 9. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA). (2011). Garis panduan pemantauan operasi syarikat konsesi bagi perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam. Putrajaya: Bahagian Sisa Domestik, Komersial, Institusi dan Pembersihan Awam. 10. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. (2017). Diperoleh daripada http://www.swcorp.gov.my/. 11. Sekaran, U. (2006). Research method for business: a skill building approach. (4th ed). Jakarta: Salemba Empat Publisher. 12. Wan Ruslan, I., Salleh, B. & Zullyadini, A. R. (2013). Sediment and nutrient export by water from an agricultural catchment: An analysis of hysteresis patterns in the Upper Relau River, Penang. Geografi, 1(1), 74-101. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=b997cd87-d0e1-41e5-8dbf-8a1306b8b1c8.pdf 13. Zaini, S. (2011). Municipal solid waste management in Malaysia: Solution for sustainable waste management. Journal of Applied Sciences in Environmental Sanitation. 6(1), 29-38

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)