UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :GE Environmental Sciences
ISSN :2289-4470
Main Author :Che Rose Rosniza Aznie, Farhana Rahimi Nur Syahira,
Title :Pemanasan global: impak dan adaptasi sosioekonomi lokal
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2017

Full Text :
Kajian ini bertujuan mengenal pasti impak kemarau panjang terhadap kegiatan ekonomi penduduk, kegiatan sosial dan juga adaptasi atau persiapan penduduk. Apabila El Nino terjadi, aktiviti harian manusia juga terjejas lalu memberi impak secara tidak langsung terhadap ekonomi mereka. Kajian dilakukan di dua kawasan di Kampung Gong Kulim dan Dalam Rhu, Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 60 orang responden yang dipilih secara rawak mudah di kedua-dua lokasi kajian yang berlainan mengikut kegiatan ekonomi. Data dianalisis secara deskriptif melalui kutipan data lapangan dalam bentuk soal selidik di samping kutipan data dalam bentuk pemetaan bergambar dari lokasi kajian. Berdasarkan analisis data lapangan (soal selidik) menunjukkan bahawa kegiatan yang paling teruk terjejas adalah kegiatan pertanian diikuti oleh perikanan, pembinaan dan perindustrian. Hal ini disokong melalui tinjauan lapangan oleh pengkaji yang turut mengesahkan keadaan tersebut. Mereka menjadikan pertanian dan perikanan sebagai sumber utama pendapatan mereka. Apabila berlaku fenomena El-Nino atau kemarau panjang ini menyebabkan sumber kewangan mereka juga turut terjejas terutama dalam sektor pertanian dan perikanan tersebut. Tidak dapat dinafikan kesan cuaca panas yang kering boleh menjejaskan kesihatan manusia. Penduduk mudah terasa sakit kepala, berasa letih dan kurang bertenaga apabila terdedah di bawah cuaca yang terlampau panas. Langkah persediaan menghadapi fenomena El-Nino ini kadangkala dianggap remeh namun sebagai rakyat seharusnya mengubah sikap.

References
1. Byun, H. R., & Wilhite, D. A. (1999). Objective quantification of drought severity and duration. J. Climate, 12, 2747-2756. 2. Chan Ngai Weng. (2004). Management water resources in the 21st century: Involving all stakeholders towards sustainable water resources management in Malaysia. Enviromental Management Programme, Centre for Graduate Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 3. Hamirdin Ithnin. (2008). Scarcity in abundance: The water resources challenges in Malaysia. Inaugral Lecture. Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 4. Hamirdin Ithnin. (2012). Whither our water? Concern on Malaysia’s water resources. Public Lecture, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. 5. Hamirdin Ithnin & Siti Nazura, M. (2012). Challenges of water supply in developed states of Malaysia. In: Hamirdin Ithnin (ed). Readings in Malaysian Geography. Tanjong Malim: Emeritus Publication. 6. Hayes, M., Svoboda, M., Wall, N., & Widhalm, M. (2010). The Lincoln declaration on drought indices: Universal meteorological drought index recommended. Bull. Am. Meteor. Soc., 92(4), 485–488. 7. Huschke, R. E. (1970). Glossary of meteorology. Boston: American Meteorological Society Press. 8. Jabatan Meteorologi Malaysia. (2013). El Nina/ La Nino. Diperoleh daripada http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=73&Itemid=160&limit=1&limitstart=0. 9. Kaznowska, E. W. A. & Banasik, K. (2011). Stream flow droughts and probability of their occurrence in a small agricultural catchment. Annals of Warsaw University of Life Sciences –SGGW Land Reclamation, 43, 57–69. 10. Majlis Keselamatan Negara. (2011). Peraturan tetap operasi pengendalian bencana kemarau. Putrajaya: Jabatan Perdana Menteri. Diperoleh daripada http://spdiis.ism.gov.my/docs/shared/Recycle Bin/PTOKemarau 11_20_2013 10:27:37.pdf 11. Mohamad Suhaily Yusri, C.N., Zainudin, O., Mohmadisa, H., Nasir, N., & Yazid, S. (2014). Rainwater as a Potential alternative source of water in Tanjong Malim, Perak. Geografi 2(1), 8-24. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=185b21a7-5368-4aa5-9e97-cea59cc31a8e.pdf 12. Noorazuan Md Hashim. (2010). Analisis tren pemanasan global dan kesannya terhadap aspek dayahuni bandar di Malaysia. GEOGRAFIA Online Malaysian Journal of Society and Space, 6(2), 72 – 88. 13. Nordin Sakke, Hamirdin Ithnin & Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2015). Memahami kemarau dalam konteks tempoh yang berbeza. Kajian kes Lembangan Langat, Selangor. Dalam Hamirdin Ithnin et al. (Eds.). Proceedings of International Conference of Human Sciences 2015. Tanjong Malim, ms. 567-580 14. Nordin Sakke, Hamirdin Ithnin, Azali Saudi & Mohammad Tahir Mapa. (2016). Keparahan Kemarau Hidrologi di Lembangan Sungai Lui, Hulu Langat Selangor. Geografi, 4(1), 11-24. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=a077ccf1-8dd8-4940-b606-69fa962efdf2.pdf 15. Steila, D. (1986). Drought. Dalam J. E. Oliver, (Ed). The Encyclopaedia of Climatology. Van Nostrand Reinhold. ms 386–395. 16. Stefan, S., Ghioca, M., Rimbu, N., & Boroneant, C. (2004). Study of meteorological and hydrological drought in southern Romania from observational data. International Journal of Climatology, 24, 871-881. 17. Van Loon, A. F. & Laaha, G. (2014) Hydrological drought severity explained by climate and catchment characteristics. Journal of Hydrology, 526, 3-14. 18. Wilhite, D. A., Svoboda, M. D., & Hayes, M. J. (2007). Understanding the complex impacts of drought: A key to enhancing drought mitigation and preparedness. Water Resource Management, 21, 763–774.

This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.