UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Full Text : |
Bandar George Town, Pulau Pinang adalah salah sebuah destinasi pelancongan bersejarah yang telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (TWD) oleh UNESCO pada Julai 2008. Namun begitu, terdapat bangunan warisan yang tidak dipulihara dengan baik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan pemuliharaan bangunan warisan di tapak UNESCO ini dari perspektif peniaga dan pelancong tempatan sama ada bangunan warisan ini dipulihara dengan baik atau sebaliknya. Seramai 80 orang responden dipilih secara bertujuan iaitu peniaga dan pelancong tempatan di kawasan kajian. Kaedah tinjauan dilakukan melalui instrumen borang soal selidik dan juga pemerhatian tidak turut serta iaitu pemerhatian daripada pengkaji terhadap proses pengurusan pemuliharaan bangunan warisan tanpa terlibat secara langsung dalam pengurusannya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penilaian responden terhadap pengurusan pemuliharaan bangunan warisan adalah dalam keadaan yang baik walaupun terdapat isu kerosakan bangunan, penyelenggaraan, persekitaran, kebersihan dan keselamatan. Harapan mereka supaya bangunan warisan di George Town dipulihara dan dijaga dengan baik untuk tatapan generasi akan datang. Kajian ini adalah penting bagi mengetahui pengurusan bangunan warisan di lokasi kajian dari perspektif peniaga dan pelancong tempatan. Penilaian daripada kajian ini ini juga pasti dapat membantu pelbagai pihak terutamanya pihak pengurusan tapak warisan UNESCO bagi menangani isu dan masalah dari segi pengurusan bangunan. |
References |
1. A. Ghafar Ahmad. (2009). Treatment of rising damp and replastering at heritage buildings. Bengkel Bersiri 2009, Konservasi Bangunan Warisan Siri 2: Lepaan Kapur, 17-19hb. Julai 2009, Perak. Dewan Pusat Pelancongan Negeri Perak, Ipoh.
2. Azira Ibrahim, Siti Norlizaiha Harun & Mohd Zaki Shamsudin. (2015). Skima warna asal bangunan warisan di Malaysia. Conference Proceedings ICITSBE 2012, Universiti Teknologi MARA. Perak.
3. Er Ah Choy. (2013). Pembangunan pelancongan lestari di Melaka: Perspektif pelancong. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 11 (3), 12-23.
4. Hamilton, B., & Wan Salleh, M. (2001). Maintenance of building important. Diperoleh daripada http://www.hba.org.my/news/2001/601/maintenance.htm
5. Jamilah Mohamad. (2013). In the footsteps of Ibn Battuta: Consumption and identitymaking. Geografi, 1(1), 48-59. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=51c30b83-88b8-4e46-a692-1de41a4453b0.pdf
6. Mohamad Zaki, A. Johan Afendi, I. & Hood, M.S. (2008). Membangunkan Kuala Kedah sebagai dentinasi pelancongan warisan: Penerapan konsep pembangunan pelancongan lestari. Prosiding PERKEM, III Jilid 1, 401- 413.
7. Norasikin Hj. Hassan. (2005). Faktor penyumbang dalam pembentukan dan konservasi identiti Jalan Kota, Bandar Warisan. (Tesis Sarjana). Tidak diterbitkan. Universiti Putra Malaysia.
8. Rosniza Aznie Hj. Che Rose, Asmah Ahmad, Abdul Rahim Md Nor, Rosmiza Mohd Zainol. (2011). Kepentingan akta kawalan sewa kepada penduduk di Lebuh Acheh-Lebuh Armenian. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space 7: 169-179.
9. Sekaran.U. (2003). Research methods for business. United Kingdom: John Wiley& Sons Ltd.
10. Siti Nor Fatimah, Z. Zainal Abidin, A. & Mohammad Ashraf, A.R. (2011). Masalah dalam pemuliharaan bangunan warisan di Malaysia. Persidangan Kebangsaan Sains Sosial UNIMAS 2011: Pembangunan ke Arah Masa Depan yang Mapan.
11. Siti Norlizaiha, H. (2010). Pemuliharaan bangunan bersejarah. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi MARA.
12. Solihah, M., Mazdi, M., Ruzanna Syamimi, R., Jabil, M., Mohammad Kadir, Z. A. & Mohamad Pirdaus, Y. (2015). Pengurusan bandar warisan UNESCO dan penglibatan komuniti tempatan: Kajian kes di George Town, Pulau Pinang. Geografia Online Malaysian Journal of Society and Space, 11(12), 87-99.
13. Syed Zainol Abidin. (1995). Pemeliharaan warisan rupa bandar: Panduan mengenali warisan rupa bandar berasaskan inventori bangunan warisan Malaysia. Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.
14. Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. (2014). Transformation of small towns in the Southern Perak Region: Some finding in TanjongMalim. Geografi, 2(1), 111-119. Diperoleh daripada https://ejournal.upsi.edu.my/GetFinalFile.ashx?file=57af283c-0340-4f18-9bf6-cba30ab9fdd8.pdf |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |