UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan program intervensi latihan taktikal dan kesannya dalam kalangan pemain hoki remaja lelaki

AVAILABLE Thesis 1265 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan program intervensi latihan taktikal dan kesannya dalam kalangan pemain hoki remaja lelaki
Type
Thesis
Main Author
Noorzaliza Osman
Subject
GV Recreation Leisure
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
N/A
Publisher
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Year of publication
2017
Notes
doctoral
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstract

Komponen taktikal merupakan salah satu komponen pre stasi sukan yang penting untuk atlet, selain daripada komponen fizikal, teknikal dan psikologi. Kajian ini dijalankan untuk membina dan melihat kesan program intervensi latihan taktikal terhadap tahap pengetahuan, ketepatan membuat keputusan dan prestasi aksi taktikal dalam kalangan pemain hoki remaja lelaki. Pembolehubah yang diukur adalah tahap pengetahuan taktikal, ketepatan membuat keputusan taktikal dan prestasi aksi taktikal. Seramai 30 orang pemain hoki Sekolah Sukan Bukit Jalil secara sukarela terlibat dalam kajian ini dan pernilihan subjek adalah berdasarkan latar belakang sukan yang hendak dikaji. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan secara persampelan rawak mudah. Kumpulan rawatan telah menjalani program intervensi latihan taktikal selama-lapan-minggu (melibatkan sesi-sesi teori taktikal, amali-amali melibatkan ketepatan membuat keputusan dan amali-amali situasi permainan). Tahap pengetahuan taktikal diukur dengan menggunakan Tactical Skills Inventory jor Sports (TACSIS) yang diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia, manakala ketepatan membuat keputusan diukur dengan Soalan Taktikal Video Klip (SOTAVlK) dan aksi taktikal pula diukur dengan Prestasi Aksi Taktikal Hoki (PATH) (situasi mini perlawanan 3 lawan 3). Data dianalisis dengan menggunakan ujian SPANOVA. Dapatan kajian mendapati bahawa kumpulan rawatan yang menjalani program intervensi latihan taktikal selama lapan minggu, berlakunya perbezaan yang signifikan di antara skor ujian pra dan skor ujian pasca dari segi tahap pengetahuan taktikal (Skala A=mengetahui tentang tindakan bola [F(1,28)=86.86,p

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.